Saturday 19 November 2016

My Best 2016 Moment Selain Shaklee

Hari ni dah nak hujung november, menghampiri Disember dan tahun baru 2017.

Semua azam untuk tahun ni dah tercapai belum? Saya dah lama tak letak azam tahun baru sebab selalu tak jadik. 😂😂

Kalau saya nak letak azam selalunya untuk jangka masa pendek. Jangan ikut macam saya ye. Tak semenggah kan.

Tahun ni adalah tahun paling sibuk bagi kami sekeluarga. Anak dara ambik PT3 tahun ni. Dari awal tahun dah dihantar tuisyen pada waktu malam 3 kali seminggu.

Balik kerja terus bergegas ambik anak hantar ke tuisyen dan kami akan merayap untuk makan atau lain lain aktiviti sehingga habis tusyen. Kadang pukul 11 baru sampai rumah.

Allah..memang amat penat sepanjang tahun ini. Tapi inilah pengorbanan sebagai ibu bapa untuk anak berjaya.

Tapi itulah moment yang tak boleh dilupakan. Lepas je PT3, ahhh lega sangat. Macam kami pulak yang periksa. PT3 je pun. Bukan boleh masuk U kan. 

Itulah trend ibu bapa sekarang. Mengejar untuk dapat banyak A. Akhirnya anak yang stress. Kami pun dah terpengaruh dengan trend zaman sekarang.

Dan tahun ni juga saya dah berjinak jinak dengan bisness shaklee. Owhhh memang best sangat bila buat sesuatu yang berlainan dari rutin harian.

Jom join kami buat bisness sama sama. Kita besarkan empayar shaklee nak?

#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang










No comments:

Post a Comment