Wednesday 30 November 2016

5 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisnes

Buat bisnes ni ada turun naik, pasang surut. Jiwa memang kena kental habislah.. ingat senang ke nak suruh orang beli produk kita..

Nak saya bagikan tips macam mana saya menaikkan semula semangat saya yang pasang surut ni?

1. Apa misi masa memula buat bisnis ni. Ini memang saya tanam siap siap dalam minda. Saya kena make sure sebelum saya berhenti, bonus dari shaklee mesti lebih banyak dari gaji saya sekarang. Saya dah kerja bank selama 16 tahun. Income dah stable. Mungkin orang kata gila apa nak berenti. Kalau hati tak senang, memang kena jugak buat.

2. Anak anak memang penguat semangat yang utama. Tengok muka dia orang masa ambik kat taska, kadang kadang rasa nak menitis air mata. Sabarlah anak anak. Doakan mama cepat naik supervisor dan maintain income tinggi.

3. Baca buku motivasi banyak banyak. Saya memang sangat suka membaca. Sebelum tido kena baca 2-3 helai, baru boleh lelap. Apa sahaja jenis buku memang boleh jalan. Banyak lagi kat rak yang belum sempat belek. Dalam plastik pun ada lagi.

4. Group shaklee kami ni semuanya baik baik. Siap ajar lagi camna cara berbisnes yang betul. Bila saya down, dengan ada support kuat dari group yang dah macam adik beradik ni, memang boost up betul betul semangat nak buat betul betul. Sokongan dari orang sekeliling memang sangat penting.

5. Sentiasa ingat Allah ada bersama kita. Allah melihat setiap usaha yang dah dibuat. Bila ada masalah, Allah lah tempat yang selayaknya untuk saya memohon pertolongan. Sikit atau banyak usaha yang dilakukan, sentiasa ada balasan pahala dengan niat untuk membantu sesama manusia. Sentiasa audit diri adakah yang saya buat selama ini ada kemurkaan Allah. Itu yang paling penting.

Sentiasa saya ingatkan diri, bukan senang nak senang. Berkorban dulu untuk masa depan yang gemilang. Saya nak masa depan saya bersinar bergemerlapan bersama sama dengan shaklee.

Jom join kami. Memang takkan rugilah..

012-9279307







No comments:

Post a Comment