Friday 2 November 2018

Cara Mendidik Anak Dengan Betul

Anak penyambung kasih ibu ayah. Dan jugak amanah yang Allah telah bagi pada kita untuk dididik ikut acuan yang Allah telah tetapkan.

Alangkah gembira hati bila dikurniakan anak yang bijak, soleh, mendengar kata ikut seperti yang kita impikan. Tapi tak semua diberi Allah seperti apa yang kita nak kan.

Bila ada anak ni, macam macam ragam, macam macam perangai yang menguji kesabaran ibu ayah.

Mendidik anak dizaman sekarang dah tak sama dengan zaman didikan ibu ayah pada kita dulu. Dan kita jugak dah tak berapa boleh guna pakai cara yang sama pada dia orang ni. Tak lut.

Untuk menambah ilmu kekeluargaan, saya suka sangat follow pakar pakar parenting kat fb dan jugak telegram. Banyak ilmu yang depa kongsi untuk kita aplikasikan. Bukan sahaja pada anak anak, tapi jugak untuk kita kawal emosi sebagai ibu ayah.

Antara pakar yang saya suka cedok ilmu ialah Dr Taufik Razif, Ibu Rose dan Dr Siti Ujila Masuri. Best sangat depa ni.

Korang wajib juga follow depa ni. Walaupun korang masih belum dikurniakan anak atau takde masalah dengan anak anak, boleh aje cedok ilmu yang sangat berguna ni. Menambah ilmu tu bukan merugikan pun kan.

Moga Allah kurniakan kita kesabaran dalam mendidik anak anak.

#TRIAngelsWorkshop