Wednesday 25 January 2017

Selamat malam

Selamat malam semua.

Mimpikan yang indah saja dan rehatkan minda.

Esok kita bangun dengan semangat juang yang penuh bersemangat.

Jangan lupa baca pendinding diri dan doa tido juga.

Thursday 19 January 2017

Nak sewa ke nak beli rumah

Apa pendapat korang, nak tinggal menyewa ke atau nak beli rumah.

Masing masing ada pendapat dan pandangan kan.

Kalau kat KL ni, harga sewa sebulan pun kadang kadang lagi mahal dari bayar kat bank.

Sepanjang hidup saya, saya pernah tinggal menyewa sebanyak 5 buah rumah dalam masa 7-8 tahun. Hampir setiap tahun pindah. Kelakar jugak kan. Sehinggalah dapat tinggal di rumah sendiri.

Tapi ada jugak kebaikannya sebab saya akan familiar dengan kawasan tersebut.

Sekarang ni masih lagi bercita cita nak ada rumah yang ada laman depan belakang kiri kanan. Doakan ya.

Side income bersama shaklee

Perlu ke side income sekarang ni dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar?

Pendapat peribadi sayalah, memang perlu lah sangat. Nak bergerak dekat pun sikit sikit keluar duit. Belum lagi bergerak jauh.

Gaji 4 angka kat KL ni rasa macam dah miskin bandar pulak. Habis bulan, habis gaji. Takpun, habis setengah bulan, habis gaji jugak. Yang ni memang meraunglah.

Nak kata sebab berbelanja ikut rasa pun tak jugak. Yang paling tepat kos hidup sekarang ni memang tinggi, ditambah pula nilai wang yang makin mengecil.

Jadi cubalah buat side income. Boleh tampung mana yang berlubang tu. Tengah bulan, orang lain dah habis gaji, kami kat shaklee dapat bonus pulak. Tak perlulah nak menunggu hujung bulan kan.

Buang perasaan malu tak bertempat tu. Nak berjaya hanya perlu usaha dan fokus. Dan yang utama, niatkan yang kita berkongsi supplemen untuk semua orang jadi sihat.

Amacam? Jom join sekarang.

Saturday 14 January 2017

Halal Certification for Shaklee

Tak perlu ragu ragu dengan produk shaklee. Memang disahkan halal. Dah memang bahan bahan dari tumbuhan aje. Nak risau apa kan.



Vivix membantu merawat scabies

Pernah dengar penyakit scabies? Kalau saya panggil kudis buta. Bijik bijik air kat tangan, kaki. Kalau tengok gambar tu, kat badan pun boleh naik. Seram betul. Dah lah gatal merenyam.

Bila gatal, garu garu pastu berjangkit kat tempat lain pulak. Selalunya terjadi pada kanak kanak. Kalau dok kat taska, lagilah cepat kena.


Keistimewaan Omega Guard Shaklee

Omega guard shaklee. Minyak ikan istimewa yang boleh meningkatkan IQ anak anak.

Juga bagus untuk mengurangkan risiko serangan jantung.

Bacaan Gula Dan Kolesterol Turun Dengan Vivix

Alhamdulillah lepas consume vivix, bacaan gula dan kolesterol dah menurun.

Vivix boleh membantu memperbaiki sel dalam badan hingga ke peringkat dna.

Bulan ni je ada promo vivix ye.

Beli twin pack dapat disc 5%
Beli 6 botol percuma 1 botol.

Berbaloi baloi sangat.


Vivix VS Diabetes

Macam mana vivix shaklee boleh membantu pesakit diabetes.




Vivix VS Alahan Makanan Laut

Vivix membantu menghilangkan alahan pada makanan laut. Vivix memang berfungsi membaiki sel sel badan hingga ke peringkat dna.

Performance Drink Shaklee VS Herbal Blend

Musim panas dah menjelma. Memang hangat sangat kan.

Sediakan performance drink pada anak anak untuk memberi tenaga. Jangan lupa juga herbal blend. Sesuai disapu ditempat ruam peluh.

Kelebihan Performance Drink Shaklee

Performance drink dari shaklee. Sangat sesuai untuk mengelak dehydration pada badan.

Musim panas ni, minum performance drink memang best.

Lihat senarai dibawah kebaikan dan keistimewaan performance drink shaklee.


Sunday 8 January 2017

Cara Untuk Berjaya Dalam Hidup

Kekurangan diri bukan alasan untuk berjaya.

Itulah mesej besar yang ingin disampaikan dalam cerita ' Forrest Gump'.

Ini cerita lama tahun 1994 tapi ceritanya memang superb. Ingat lagi tak apa mak forrest berpesan padanya?

"Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get".

Hidup ini tidak boleh dijangka apa akan berlaku. Mungkin ada masa kita akan dapat rasa pahit, manis dalam perjalan hidup ni. Yang penting teruskan perjuangan.

Dalam cerita ni, ada juga unsur negatif, tapi kita ambik yang positif sebagai panduan hidup.

Kisah seorang kanak kanak yang boleh katakan lembam dan mempunyai kecacatan kaki tetapi mempunyai hati yang sangat baik, menyebabkan dia tidak diterima untuk memasuki sekolah.

Kasih sayang seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja agar anak dapat belajar seperti orang lain. Disebabkan kecacatannya, dia sentiasa dibuli oleh kanak kanak lain.

Ceritanya banyak berkisar nilai persahabatan dan kasih sayang orang terdekat yang mendorang untuk berjaya. 

Saya boleh simpulkan pengajaran dalam cerita ni:

1. Kasih sayang ibu jangan dipandang rendah. Berjaya dalam hidup juga adalah dari doa seorang ibu.

2. Pendorong untuk berjaya datangnya dari orang terdekat. Untuk berjaya terutama dalam bisness, dorongan dan doa isteri atau suami akan memudahkan urusan pasangan maju dan bersemangat dalam kerjaya.

3. Memilih kawan yang positif adalah sangat penting. Dalam group shaklee kami, perbincangan sentiasa dilakukan untuk menambah ilmu dan juga membantu antara satu sama lain.

4. Usaha hingga berjaya. Apa sahaja rintangan yang ada, rempuh dan hadapinya dengan sangat yakin bahawa selepas kesusahan yang di alami, pasti akan dapat kecapi manisnya.

Inilah panduan untuk kita kekal dalam bisnes dan juga teguh pendirian dalam apa sahaja bidang yang diceburi.


Resepi Esp Shaklee Untuk Kurus

Hari ni saya nak kongsikan resepi esp shaklee yang sangat sedap. Yang penting ianya berkhasiat dan mampu menurunkan berat badan.

Jom lihat resepi kat bawah:



Collagen Shaklee dan ESP

Ada beza ke collagen shaklee dan esp shaklee ni?

Selalu kalau tengok sharing, kedua duanya boleh buat kulit jadi cantik. Kenapa pulak perlu lagi collagen.  Collagen kan terbina dari protein. Dah minum Esp cukuplah kan proteinnya.

Meh nak share sikit pasal collagen dulu. Collagen shaklee ini adalah collagen tulen yang bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Collagen shaklee juga adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 dalton. Ianya bermaksud tersangat mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Collagen shaklee adalah protein istimewa sebab ianya berfungsi untuk membina dan memperbaiki bahagian penting pada badan seperti kuku, kulit, mata, sendi, otot. Kalau collagen dah kurang jadilah macam macam sakit datang.



Manakala esp adalah minuman protein yang diperbuat dari tumbuhan iaitu soya. Esp berfungsi untuk supply amino asid kepada badan kita  Barulah bina macam macam benda termasuk hormon, enzymes dan juga sel. Ia bermaksud protein dalam badan dipecahkan jadi amino asid.

Dengan kata mudah, collagen terbina dari protein. Protein terbina dari amino asid.

Nampak ianya saling memerlukan antara satu sama lain. Kalau protein tak cukup, camne collagen nak bekerja secara optimum.

Nak kesan yang paling optimum, perlu ada esp untuk membantu pembentukan collagen. Barulah hasilnya kebabom.

Tuesday 3 January 2017

Telomere vs Vivix

Nak umur panjang? Insya Allah dengan izinNya dan ikhtiar boleh.

Tapi pastikan juga telomere panjang. Apa telomere ni. Ia adalah penutup hujung kromosom.

Apa pulak kromosom ni? Kromosom pulak adalah dari gumpalan DNA manusia. Maka terbentuklah kromosom. Saintifik sangat pulak kan.

Kromosom akan membahagi semasa proses pembiakan. Dengan kata mudah, semakin panjang umur manusia, maka semakin pendek telomere atau penutup kromosom tu.  Bila dah makin pendek telomere, makin banyaklah penyakit hinggap kat badan.

Macam mana nak memanjangkan telomere?

Sudah pasti perlu amalkan vivix sebab vivix ada kandungan resveratrol yang boleh memperbaiki sel hingga ke DNA. Punca penyakit yang kritikal lambat nak baik sebab sel sel dah rosak.

Bila DNA pada kromosom dah diperbaiki, maka panjanglah telomere. Insya Allah panjang umur dan susah penyakit nak hinggap.

Ini landmark study ke 2 shaklee ye. Memang terbukti.

Apa lagi, bulan ni promo vivix. Boleh cuba.


Sunday 1 January 2017

Cara Mengatasi Masalah Kewangan Masa Kini

Zaman ekonomi merosot khabarnya untuk tahun 2017. Ada yang cakap akan lagi teruk dari tahun 2016. Gerun bila dengar.

Dengan nilai matawang makin menurun dan tak stabil, tapi apa yang mampu kita buat? Kita hanya anak bilis. Boleh di ngap oleh sijerung bila bila masa sahaja.

Kita tak mampu nak merubah ekonomi negara bersendirian, tapi kita mampu merubah ekonomi rumah tangga kita. Biar apa yang terjadi, ekonomi rumah tangga kita masih kukuh dan tak goyah.

Apa yang perlu di buat? Saya senaraikan tips untuk kita sama sama praktikkan. Insya Allah kita sama sama berjaya.

1. Berjimat cermat dan beli yang perlu sahaja. Jangan boros ikut kemahuan nafsu nak shopping dan ikut kehendak anak nak beli mainan je. Perlu menyimpan.

2. Perlu ada bajet setiap bulan. Berapa jumlah perbelanjaan yang boleh dibelanjakan. Listkan atau buat senarai barang yang perlu dibeli apabila nak ke kedai.

Kalau takde senarai, tujuan asal nak beli 2 barang, tapi bila dah sampai kedai, 1 troli penuh pulak yang dapat.

3. Perlu mula dengan buat bisness. Kecil kecila dulu dengan kos yang rendah. Pastikan kos kurang dari Rm2000.

Ramai pakar pakar cakap kalau bisness tak jalan pun takde lah kita menangis di bucu katil dok pikir jumlah pelaburan yang hilang.

Kalau nak buat bisnes shaklee amatlah boleh. Kos hanya Rm80 je. Modal tak besar dan semua orang boleh berbisness.

Nak tau lagi lanjut pasal shaklee, roger saya kat bawah ye.

012-9279307

012-9279307

012-9279307

#superstarshaklee
#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleeampang




Tips Untuk Urusan Harian

Tips nak dipermudahkan urusan harian?

Hidup kita ni sebenarnya mudah kalau kita mudahkan ia. Sebab kalau yakin semuanya dari Allah, hati akan redha.

Yang paling penting kena lah ada amalan amalan setiap hari yang sentiasa istiqamah buat. Jangan culas.

Salah satunya solat dhuha. Kalau dah biasa buat, tertinggal sehari pun rasa macam rugi sesangat.

Zikir dipagi hari, istighfar, selawat, solat malam. Saya bukan acah acah alim. Tapi bila kita dah buat, akan rasa perbezaan pada hati dan pemikiran.

Ini bukan amalan untuk orang yang berniaga online macam saya je, tapi sudah semestinya sebagai hamba, memang kena bersyukur kan.

#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleeampang
#tsunamishaklee


Kelengkapan Vitaman Untuk Anak Nak Naik Sekolah

Selamat tahun baru 2017.

Lagi 2 hari anak anak dah nak naik sekolah. Alhamdulillah persiapan semua dah lengkap.

Sempena tahun baru ni shaklee ada promotion vitalea untuk kanak kanak tau. Multi vitamin la ni. Beli 3 botol percuma 1 tau. Khas untuk jan 2017 je.


Kan dah lama sangat anak anak berehat kat rumah. Jangan pulak bila dah start sekolah, badan terkejut sebab penat. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama.

Jom bagi anak anak vitalea ni. Bagi tenaga tambahan pada anak anak.

#pengedarshakleeampang
#pengedarshakeekajang