Wednesday 30 November 2016

5 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisnes

Buat bisnes ni ada turun naik, pasang surut. Jiwa memang kena kental habislah.. ingat senang ke nak suruh orang beli produk kita..

Nak saya bagikan tips macam mana saya menaikkan semula semangat saya yang pasang surut ni?

1. Apa misi masa memula buat bisnis ni. Ini memang saya tanam siap siap dalam minda. Saya kena make sure sebelum saya berhenti, bonus dari shaklee mesti lebih banyak dari gaji saya sekarang. Saya dah kerja bank selama 16 tahun. Income dah stable. Mungkin orang kata gila apa nak berenti. Kalau hati tak senang, memang kena jugak buat.

2. Anak anak memang penguat semangat yang utama. Tengok muka dia orang masa ambik kat taska, kadang kadang rasa nak menitis air mata. Sabarlah anak anak. Doakan mama cepat naik supervisor dan maintain income tinggi.

3. Baca buku motivasi banyak banyak. Saya memang sangat suka membaca. Sebelum tido kena baca 2-3 helai, baru boleh lelap. Apa sahaja jenis buku memang boleh jalan. Banyak lagi kat rak yang belum sempat belek. Dalam plastik pun ada lagi.

4. Group shaklee kami ni semuanya baik baik. Siap ajar lagi camna cara berbisnes yang betul. Bila saya down, dengan ada support kuat dari group yang dah macam adik beradik ni, memang boost up betul betul semangat nak buat betul betul. Sokongan dari orang sekeliling memang sangat penting.

5. Sentiasa ingat Allah ada bersama kita. Allah melihat setiap usaha yang dah dibuat. Bila ada masalah, Allah lah tempat yang selayaknya untuk saya memohon pertolongan. Sikit atau banyak usaha yang dilakukan, sentiasa ada balasan pahala dengan niat untuk membantu sesama manusia. Sentiasa audit diri adakah yang saya buat selama ini ada kemurkaan Allah. Itu yang paling penting.

Sentiasa saya ingatkan diri, bukan senang nak senang. Berkorban dulu untuk masa depan yang gemilang. Saya nak masa depan saya bersinar bergemerlapan bersama sama dengan shaklee.

Jom join kami. Memang takkan rugilah..

012-9279307







Tuesday 29 November 2016

5 Mindset Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee

Kadang kadang bila kita dah minat dengan sesuatu aktiviti, secara automatiknya akan merubah persepsi diri kearah tersebut.

Semenjak join bisnes Shaklee ni baru sebenarnya active dalam 2-3 bulan, tapi dia punya tsunami tu memang membadai hebat betol.. habis dilanggar kiri kanan tak ingat apa. Takde la sampai camtu sangat ha ha..

Saya suka dengan konsep bisness ni. Tiada penindasan, tiada paksaan. Ko buat ko dapat. Buat lebih dapat lebih.

Sepanjang aktif dalam Shalee ni, memang merubah betul mindset saya ke arah yang lebih positif. Saya kongsikan apakah perubahan tersebut.

1. Perkongsian ilmu secara ikhlas dan jujur

Untuk customer mempercayai kita, ilmu perlu tip top. Sebab tu saya sanggup berhabis untuk mencuba hampir keseluruhan produk shaklee. Kenapa? Sebab bila dah consume, dah tau kebaikan, barulah sen Lagi customer.

Saya bernasib baik kerana kami mempunyai master yang tersangatlah mempunyai ilmu yang sangat hebat dan luas serta yang paling penting sanggup ajar even perkara basic kepada cucu cicit yang zero kowledge ni. Hanya Allah saja yang boleh balas jasa neni.

2. Berusaha sehingga ke saat terakhir.

Jangan mengalah. Rezeki itu datang dari Allah. Buat sehingga berjaya. Jangan cepat berputus asa. Itu kata kata semangat yang sentiasa diluahkan oleh master kami. Lagi hujung bulan lagi kena pulun 😂😂

3. Dalami masalah customer macam kita yang merasai kesakitan dan kebimbangan mereka.

Apabila prospek memohon bantuan untuk masalah mereka, saya cuba letakkan diri ditempat mereka. Maka saya akan lebih peka dan cuba consult dengan cara yang terbaik.

4. Fokus dan jangan hangat hangat taik ayam.

Bukan senang untuk senang. Ambil masa untuk berjaya. Sepanjang masa saya cuba fokuskan minda saya kepada 2. Kerja di ofis yang wajib settle dan juga bisness shaklee yang perlu juga berjalan lancar. Dan time management memang kena tiptop. Nasib baik saya dah pergi course managing priorities.. tau lah katak mana yang kena makan dulu.

5. Hubungan dengan pencipta

Setiap apa yang saya dapat sekarang adalah rezeki dari Allah. Memang kena dahulukan mana yang wajib dan tambahkan mana yang sunat. Sebab tu saya sangat percaya dan yakin bila saya belum dapat apa yang saya nak, sentiasa set dalam minda yang belum masanya untuk Allah kasi. Hanya perlu minta dan minta sebab Allah itu amat baik.

Bisness yang paling baik adalah bisness yang bukan sahaja dapat memberi kebaikan kepada manusia lain tetapi juga dapat mendekatkan diri pada pencipta. Itulah bekalan kita disana nanti.

Sebab tu saya sangat sayang bisness ni. Jom kita bersama sama mengumpul bekalan di sana dengan berbisnes shaklee.

012-9279307




Monday 28 November 2016

Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak Sambil Mak Bisnes Online

Cuti sekolah muncul lagi..

Yang paling seronok mestilah anak anak. Mak bapak pun seronok jugak sebab pagi pagi nak pergi kerja jalan kurang jem dan tak perlu berkejar hantar anak ke sekolah kan.

Cuti sekolah belum plan lagi nak kemana dan buat apa. Hajat di hati nak jugak jalan jalan tapi encik suami cuti tahunan dah nak habis.

Nak sunatkan si kecik tu macam takde keberanian lagi. Tunggu tahun depanlah hi hi.. maknya yang takut. Ala baru 6 tahun..

Sebenarnya 2 minggu lepas kami dah pegi sunway lagoon main air. Ada family day. Kira aci lah kan dah bawak jejalan. Sun burn kat muka si bujang kecik tu pun belum hilang sepenuhnya lagi.. takde lah ralat sangat kalau tak bawak pegi holiday.

Sambil sambil tu budak budak ni memang ikut je kami bila buat delivery. Pusing pusing kajang dan ampang. Biar dia orang tahu bukan mudah nak dapat duit. Jangan tau mintak je..

Si kakak pun dah pandai tanya mama setiap kali delivery berapa profit dapat. Dia memang suka berniaga. Kadang kadang saya akan buat cup cake dan spagethi. Makanan memang sentiasa habis tapi untung dan kos entah kemana.. sebab selalunya kesian kat kawan, bagi je percuma makan 😂😂

Oleh kerana hari ni baru start cuti, ada masa lagi nak plan cuti ni buat apa. Yang penting bisness online pun kena jalan jugak. Stok kena sentiasa ada, senang nak cod. Dah semuanya kat phone, takde masalah nak kemana sahaja.

Anda semua pulak aktiviti apa cuti sekolah ni? Jom share dengan saya.

Kalau nak order supplement pun boleh jugak. Call no kat bawah..

012-9279307






Sunday 27 November 2016

Landmark Study Shaklee Bukti Produk Shaklee Berkesan dan Selamat

Semua benda yang kita nak makan atau guna mestilah telah terjamin bagus dan terbaikkan.

Dan sudah semestinya ianya telah terbukti dengan penyelidikan untuk menyokong statement tersebut. Bukannya omong omong kosong sahaja.

Syarikat Shaklee yang sememangnya teramat yakin dengan produk mereka telah berani membuat landmark study iaitu perbandingan di antara mereka yang consume shaklee, consume vitamin lain dan juga yang tidak makan apa apa vitamin.

Kesemua responden adalah mereka yang dah 20 tahun memgamalkan shaklee untuk memberikan kesan yang paling tepat. Dan yang membuat penilaian adalah dari pakar pakar dalam bidang masing masing. Bukan sembarang orang tau.

Dua penyakit yang telah dibuat perbandingan, iaitu penyakit vaskular atau penyakit yang berkaitan dengan sistem peredaran darah seperti penyakit serangan jantung atau stroke dan juga dengan penyakit diabetis.

Kedua dua penyakit ni adalah pembunuh utama rakyat malaysia. Terbukti bahawa mereka yang consume shaklee adalah berisiko paling rendah untuk mendapat penyakit vaskular dan diabetis.

Dan dari landmark study itu juga amat mengejutkan bahawa mereka yang tak makan apa apa vitamin lagi rendah risiko berbanding dengan yang consume vitamin yg bukan dari shaklee.

Kenapa? Sebab kebanyakan vitamin yang dijual di pasaran ada bahan sintetik yang memberi lebih kemudaratan kepada tubuh badan.

Jadi jangan ingat bila makan vitamin tu rasa dah selamat. Bila dah ada landmark study ni paatikan hanya vitamin shaklee aje yang boleh berada dalam rumah tau.

Kalau nak order boleh hubungi no kat bawah. Kalau nak jadi ahli keluarga kami juga amat di alu alukan.

012-9279307





Saturday 26 November 2016

Vivix Shaklee : Produk Shaklee Wajib Ada Dalam Setiap Rumah

Awareness rakyat Malaysia tentang supplemen masih lagi rendah. Rasa rugi sebab tak sakit, buat apa makan. Ubat ada, pegi je klinik.

Memang la boleh ambik ubat tapi tau tak hampir kesemua ubat ada steroid? Pengunaan steroid yang berlarutan boleh merosakkan hati.

Cuba tanamkan dalam minda, supplemen untuk mencegah dari penyakit. Bila dah sakit, baru nak consume supplemen memang lambat sikit la nak baik kan. Kalau yang dah kritikal camne pulak tu..

Oleh itu, jika ditakdirkan saya ni mampu untuk membantu, saya nak setiap rumah ada sebotol vivix. Mesti ada.

Kenapa? Sebab tersangat banyaklah kebaikan vivix Ini. Sekarang saya dah consume untuk botol ke 4, memang berbeza sangatlah kesannya.

Meh saya bagitau dulu vivix ni diperbuat dari apa? Kang dok tertanya tanya pulak.

Ada 4 bahan je dalam vivix ni.

🌷Muscadine grape

Ini anggur liar yang bersaiz sebesar bola golf. Korang pernah tengok? Saya pun tak pernah. Kat internet ada lah. Kalau kat tesco takde ni.

Hebatnya kandungan anggur ni sebab ia mempunyai ciri ciri untuk menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan jugak anti bakteria.

🌷purple carrot

Carrot ni adalah sumber terbaik vitamin A iaitu antioksidan yang paling hebat berbanding carrot biasa yang warna oren tu.

Ia mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser colon, anti radang ke atas penyakit seperti arthritis dan juga dipercayai lebih berkesan dari ubat penahan sakit. Yang paling bagus, ia berkebolehan untuk mengurangkan risiko penyakit koronari jantung atau salur jantung tersumbat.

🌷elderberry

Apa sahaja yang berkaitan dengan berry memang banyak sangat manfaat. Ia bukan sahaja mempunyai ciri anti oksidan yang tinggi, tapi juga kaya dengan vutamin A, B dan C. Sudah pasti boleh menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus.

Kandungan elderberry ni juga dapat merendahkan tahap kolesterol dalam badan dan mampu menghalang dari terkena penyakit serangan jantung, stroke dan seangkatannya.

🌷polygonum cuspidatum

Iaitu tumbuhan yang banyak terdapat di amerika utara dan eropah yang mana ia adalah sumber resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan biji anggur merah.

Dan antara kebaikan utama resveratrol adalah membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, yang sudah pasti dapat mengelak dari penyakit serangan jantung dan strok, dan dapat menyembuhkan penyakit diabetis.

Semua kandungan dalan vivix tu mempunyai fungsi yang hebat untuk menyembuhkan penyakit no 1 di Malaysia yang boleh membawa maut. Kanser, diabetis, stroke..

Moto saya ialah saya nak semua orang sihat. Ada supplemen yang dapat membantu untuk penyembuhan. Jom sebarkan kepada semua orang bahawa maaih ada sinar untuk sembuh dari penyakit kronik ini.

Nak join kami di keluarga shaklee? Boleh.. hubungi aje no di bawah:

012-9279307

012-9279307

012-9279307



Friday 25 November 2016

Target Saya Dengan Income Shaklee Untuk 20 Tahun Lagi

Dengar tajuk pun dah teruja kan. Yang nak menaip ni lagila teruja.

Saya berharap Allah masih pinjamkan umur kepada saya untuk 20 tahun lagi untuk saya capai impian yang tersemat..wahhh ayat tak boleh blah kan..ha ha

Saya mula dengan Shaklee ni pun dah lambat.. tapi dalam bisness tiada istilah lambat..sapa buat dia dapat kan.. kalau tak buat, memang langsung tak dapat apa apa lah.

Lagi 20 tahun tu, kalau ikut gomen, memang pencen wajib dah tu. Owhhhh itu bukan target dalam hidup saya bekerja di opis sampai ke tua. Kalau boleh hari ini jugak nak resign..sabar sabar..

Yang pasti masa tu saya dah ada rumah yang mempunyai tanah lapang untuk anak cucu bermain di sekeliling rumah. Nak berkumpul satu keluarga besar senangkan. Tak perlu berebut parking macam kat rumah teres sekarang. Boleh buat bbq bila bila masa sahaja..siap ada kolam renang lagi kau..

Masa tu bisness shaklee memang dah berkembang pesat la. Dah jadi Master Coordinator. Anak cucu cicit semua dah serata Malaysia, ehh nak serata dunia lah..semua tempat ada agent Shaklee, sentiasa bersedia di mana sahaja.

Knowledge dalam tangan tip top. Siap nutritionist pulak refer kat kita, betapa powernya ilmu kita masa tu..ni boleh ganti Dr Forrest Shaklee dah ni...impian tak salah kan..

Melancong tu tak payah cakapla..dah naik bosan sebab sentiasa dapat free je. Siap boleh offer adik beradik lagi tolong gantikan...

Tapi impian terbesar saya ialah saya nak adik beradik saya juga merasai kesenangan yang akan saya dapat. Itu pesanan arwah Wan (mak saya la). Air dicincang takkan putus..

Anda juga mesti ada impian sendiri. Jom ber impian bersama keluarga Shaklee..

012-9279307








Tuesday 22 November 2016

Oh Sistem Imuniti

Sistem imuniti dalam badan kita ni macam tentera la. Melawan segala serangan kuman, virus, parasit yang nak hinggap kat badan.

Bila sistem imuniti badan dah lemah, mula la rasa nak demam la, selesema la, sakit badan bagai la kan. Kenapa? Sebab pertahanan badan dah lemah.

Apa punca pertahanan badan jadi lemah ni? Antaranya ialah kurangnya senaman fizikal, pemakanan yang tidak sihat macam junk food dan fast food, kurang tidur, stress dan juga minum minuman berkafein berlebihan.

Interferon adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi tubuh badan dari segala penyakit.

Dan setelah kajian selama 40 tahun, maka terciptalah Nutriferon iaitu imun booster atau penggalak imun untuk menguatkan badan bagi menghalang segala penyakit yang nak hinggap kat badan.

Yang pasti sudah tentulah ianya dihasilkan dari bahan semulajadi dan terbukti selamat.

Dan sudah semestinya nutriferon ni perlu ada kat rumah saya. Asal nak demam je, terus telan. Tak lupa vitamin C dan Omega Guard. Ini set wajib tau mesti ada. Macam pengganti ubat demam dan antibiotik bagi keluarga saya..hi hi

Anda nak set ni jugak ke? Sudah tentu boleh. Bulan ni nutriferon ada offer tau. Beli 6 percuma 1. Kalau beli 2 dapat discount 5%. Banyak sangat ke 6 tu..ala boleh simpan. Bukannya macam kek boleh basi atau berkulat bagai kan.

Meh hubungi saya 012-9279307.


Sunday 20 November 2016

Incentive Trip dari Shaklee

Sapa suka barang percuma yang high quality? Mesti berderu deru orang nak kan.
Yang tak nak tu bukan sombong, mungkin dia dah ada dan bagi peluang kat orang lain.

19-21 Nov 2016, Shaklee ada bagi National Incentive Trip ke Langkawi pada yang layak la. Akak ni belum capai tahap tu lagi. Insya Allah Akak akan push diri untuk kearah itu secepat mungkin.

Dah bagi trip yang fully sponsorred, siap bagi lagi duit poket. Alahai bertuahnya badan kakak shaklee group kami sorang tu. Girang gembira sungguh dok shopping cokelat.


Dah sampai, disambut dengan siap berkompang bagai kat hotel 5 star. Macam ratu sehari kan. Kakak kami ni tersangatla baiknya. Siap bg list lagi sapa nak order cokelat. Memang keluarga shaklee kami camtu. Kegembiraan dikongsi bersama sama.

Makanan tu jangan cakapla..memang dijamu betul betul. Betapa usaha keras selama ini dibalas dengan berbaloi baloi.

Belum lagi bab jalan jalan, naik kabel car, pergi muzium 3D art, pastu dapat lagi gift yang hebat hebat.

Semuanya free....

Anda semua teruja tak dapat pegi trip free camtu? Owhhh..saya nak ikut..

Kalau nak ikut trip camni tahun depan...eh eh..banyak lagi trip ni sebenarnya. Bukan setakat langkawi je shaklee kasi, ada naik cruise, pegi umrah..

Jom join saya untuk kita pegi trip tahun depan...jom..jom

012-9279307


Mentor Oh Mentor

Nak menuntut ilmu ni kena berguru. Tak boleh tiba tiba pandai sendiri je.

Tapi jangan pulak berguru dengan pakcik google, itu lagi haru. Tak pasti kesahihan ilmu. Entah betul, entah salah, boleh buat kita keliru.

Makna kata, kena ada guru aka mentor. Kami kat shaklee ni pun sama jugak macam tu. Bukan terus pandai bab bab supplement ni. Banyak kena belajar. Ada pantang larang lagi tau.

Group kami ni memang ohsem sangat. Berkongsi ilmu tu dah pasti, apa persoalan, jap je dah berderu deru tolong bantu.

Itu namanya kekeluargaan. Takde dengki dan iri hati dengan rezeki masing masing. Usaha lebih dapat lebih. Kalau dah usaha kurang, dok dediam jika dapat kurang.

Yang pasti, upline saya ni tersangatlah tahan sabar dengan anak yang kurang ilmu ni. Sentiasa bersemangat dan aura semangatnya dapat pulak tempias kat kami. Terima kasih Erni.

Matlamat kami hampir sama. Semuanya untuk keluarga.

Jika matlamat anda juga sama macam kami, apa lagi, jom sesama kita ber shaklee.

Hubungi sekarang ye:

012-9279307
Pengedar Shaklee Ampang
Pengedar Shaklee Kajang



Saturday 19 November 2016

My Best 2016 Moment Selain Shaklee

Hari ni dah nak hujung november, menghampiri Disember dan tahun baru 2017.

Semua azam untuk tahun ni dah tercapai belum? Saya dah lama tak letak azam tahun baru sebab selalu tak jadik. 😂😂

Kalau saya nak letak azam selalunya untuk jangka masa pendek. Jangan ikut macam saya ye. Tak semenggah kan.

Tahun ni adalah tahun paling sibuk bagi kami sekeluarga. Anak dara ambik PT3 tahun ni. Dari awal tahun dah dihantar tuisyen pada waktu malam 3 kali seminggu.

Balik kerja terus bergegas ambik anak hantar ke tuisyen dan kami akan merayap untuk makan atau lain lain aktiviti sehingga habis tusyen. Kadang pukul 11 baru sampai rumah.

Allah..memang amat penat sepanjang tahun ini. Tapi inilah pengorbanan sebagai ibu bapa untuk anak berjaya.

Tapi itulah moment yang tak boleh dilupakan. Lepas je PT3, ahhh lega sangat. Macam kami pulak yang periksa. PT3 je pun. Bukan boleh masuk U kan. 

Itulah trend ibu bapa sekarang. Mengejar untuk dapat banyak A. Akhirnya anak yang stress. Kami pun dah terpengaruh dengan trend zaman sekarang.

Dan tahun ni juga saya dah berjinak jinak dengan bisness shaklee. Owhhh memang best sangat bila buat sesuatu yang berlainan dari rutin harian.

Jom join kami buat bisness sama sama. Kita besarkan empayar shaklee nak?

#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang










Friday 18 November 2016

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee Online

Bila kita suka seseorang, dah tak nak pandang lain dah kan. Berdebar je rasa hati kan. Bila nak jumpa ..bila nak jumpa.

Hahhh..macam tu lah saya rasa bila dah jatuh sayang kat shaklee ni. Bila dah rasa kesan dan perubahan pada kesihatan, dah tak pandang lain dah..product pertama yang saya konsisten guna sudah tentu vivix.

Kenapa saya jatuh sayang dengan vivix dan supplemen shaklee yang lain ni?

Saya kongsikan 7 sebab kenapa saya pilih bisnes shaklee online.

1. Produk shaklee ni dah berumur 100. Kira dah matang sangat. Bukan hangat hangat taik ayam. Buat research 2-3 hari terus nak keluarkan produk. Bukan cam tu ye.

2. Shaklee  ni syarikat yang sangat pelik. Bukan mementingkan keuntungan semata tapi lebih mementingkan produk yang berkesan dan selamat untuk manusia. Ada lagi ke syarikat yang camtu. Semuanya nampak profit profit... Selepas 41 tahun vitalea dicipta dengan dijamin tiada keracunan kepada pengguna, barulah syarikat shaklee diwujudkan. Macam tu sekali mereka menjaga kepentingan kesihatan manusia.

3. Setiap tahun, ratusan juta dibelanjakan untuk tujuan r&d produk mereka. Memang tak sayang duit sungguh. Sebab tu saya sayang awak.

4. Pakar pakar saintis mereka adalah dari kalangan yang dapat noble prize dan berpangkat profesor. Sebab tu produk mereka hebat kan.

5. Bahan semulajadi yang mereka gunakan adalah dari ladang terbaik. Mana mana yang tak ikut standard yang ditetapkan, mereka terminate aje. Sebab tu mereka takmau ada ladang sendiri. Leceh dan buang banyak wang ada tenaga.

6. Shaklee dah bertapak selama lebih 20 tahun di malaysia. Jadi bila jenama yang dah terkenal dan dikenali, maka tak susah nak buat marketing kat fb. Ramai yang dah tahu. Kena rajin sharing sahaja untuk orang ramai lebih tahu kehebatan produk shaklee.

7. Selama lebih 60 tahun syarikat shaklee ditubuhkan, mereka tidak pernah gagal membayar bonus kepada distributor mereka. Hah, camne perasaan anda. Teruja sangat kan.

Jadi mana mana naik jagi ahli keluarga shaklee, jangan segan segan. Nak jadi ahli boleh, nak beli untuk makan lagi laaa boleh.








Wednesday 16 November 2016

Shaklee untuk keluarga

'Pantang hujung bulan je meraung raung. Kakak ni tak boleh tahan sikit ke senggugut tu'. Ini skrip saya pada anak dara form 3.

'Abah dah tau ada gout, yang gi makan daging jugak tu nape? Pantang la sikit.. takkan saya nak emergency leave lagi. Bos saya dah bising tu.' Ini skrip saya pada suami pulak.

Sebagai isteri dan ibu, cuti tahunan memang habis macam tu aje. Takde makna nak pegi travel jauh jauh.

Bila dah macam tu keadaannya, saya mula bagi vivix kepada suami dan anak. Kami anak beranak memang setiap hari wajib telan ni. Dah namanya supplement terbaik.

Alhamdulillah nampak sangat perubahan yang ketara.  Kesihatan keluarga tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Makin dibiarkan makin melarat nanti.



Monday 14 November 2016

1st customer dalam kenangan

1st customer...memang kelakar sangat.

Saya bukan SID yang aktif sebelum ni. Buat makan sendiri je pun. Tak pernah ambik tau pasal supplement lain sebab dok pulun vivix je.

Tetiba satu hari tu, dapat whatsap dari customer tanya pasal filter untuk water pitcher. Dalam hati dok pikir, shaklee ada jual jugak ke water filter ni. Macam tu sekali knowledge saya pasal shaklee. Hampir zero.

Mana pulak dia dapat nombor phone ni. Tak pernah publish kat mana mana pun. Dah cuak dah.

Apa lagi terus call upline la yang jadi mangsa. Nak reject sayang sebab ikan dah nak tersangkut dah ni. Rupanya upline dah publish nombor saya kat blog dia hampir setengah tahun dah sebagai SID untuk area kajang. Kantoi kan.

Explain sikit sebanyak kat customer, tak sampai 2 jam dah bank in. Masa tu memang happyyyy sesangat. Betapa mudahnya dapat sale. Tak perlu berhujan berpanas.

Lepas dari kejadian tu, barulah terhegeh hegeh nak mula aktif. Macam budak baru pandai mengesot. Kalau merangkak tu dah advance jugak kan.

Tapi sebenarnya memang banyak benda yang saya tak tau fungsi supplemen ni. Vitamin c, bco, gla.. bila dah study baru nampak badan kita kurang vitamin kat mana.

Tak rugi menuntut ilmu ni. Sebab utama adalah nak berkongsi manfaat dan kaya di akhirat.



Tips mendidik anak

Nak mendidik anak tak semudah menjaga lembu sekandang. Didik dengan berhemah semoga menjadi manafaat kita bersama.

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



Ilmu shaklee

Ilmu shaklee

Semua bermula dengan ilmu. Takde ilmu, kita tak tau cara berjalan, cara makan, cara bermuamalah secara berhemah.

Tak boleh hentam kromo. Ikut sedap rasa, badan binasa.

Begitu juga dengan pembabitan saya dalam bisness shaklee. Walaupun masih lagi dalam proses pembelajaran yang sudah pasti takkan habis..tapi itulah manusia perlu kepada ilmu.

Dengan ilmu, kita dipandang mulia tapi jangan sombong. Nanti Allah tarik balik tau. Jangan sampai kita dilabel 'dahlah bodoh, sombong pulak tu'.

Apa sahaja cara asalkan halal, boleh digunakan untuk menambah ilmu. Buku nutrisi shaklee adalah manual yang perlu ada untuk memulakan biz ni. Perlu tip top dalam kepala kena hafal.

Sudah pasti upline akan jadi sasaran jika customer tanya, tapi kita masih ragu ragu nak advise apa. Jangan risau, group kami mempunyai ramai pakar pakar dalam ilmu nutrisi.

Master kami mempunyai pengalaman selama hampir 20 tahun dalam penggunaan supplemen shaklee. Memang terbukti kan.

Takde side effect pun seperti sangkaan orang ramai. Kenapa? Sebab ianya dari bahan semulajadi je, takde bahan sintetik bagai.

Dalam zaman teknologi ni, jangan hanya sekadar tanya pakcik google je. Masih lagi memerlukan guidance dari orang orang yang pakar.

Jangan juga sekadar mendengar kata kata dari orang yang bukan ilmuan dari bidang tersebut. Tersasar kita nanti.

Jom join kami ramai ramai.








Sunday 13 November 2016

Petua menangani masalah senggugut

Senggugut

Semenjak ada anak dara ni, memanglah banyak benda saya kena ambik tau. Sakit demam tu dah pasti, belum lagi cerita pasal aktiviti kat sekolah..

Cara mendidik dari Rasulullah ialah bila anak dah menginjak remaja iaitu 15 tahun ke 21 tahun, dekatilah anak kita sebagai kawan.

Dengarkan segala luahan hati anak kita tu sebelum mereka meluahkan pada kawan kawan. Seram jugak jadinya kan.

Yang pasti setiap bulan anak dara saya akan mengalami senggugut yang sangatlah teruknya. Dengan muntahnya, ciri biritnya, meraung pun ada tau.

Masa dari form 1 hingga form 2, setiap bulan saya akan ambik anak kat sekolah dan bawak balik rumah.

Masa tu anak sekolah harian kat gombak, saya tinggal kat pandan indah. Cuba bayangkan jauhnya nak merentasi jem lagi, walaupun kalau takde kereta sebenarnya dekat aje kan. Makanya terpaksa lah cuti separuh hari..anak punya pasalkan.

Meh saya kongsikan apa yang saya buat jika anak dara kesayangan tu dah ada tanda tanda nak datang bulan:

💓 Elakkan dari minum ais seminggu sblm tu. Mesti mak mak dah tau kan bila anak akan datang bulan berapa hari bulan. Ingat...jadikan anak sebagai kawan.

💓 Kadang kadang, darah kotor belum keluar tapi, senggugut dah datang sikit sikit. Masa ni mak mak kena rajin sikit tuamkan kat bawah bahagian perut anak dengan pad panas. Saya ada terjumpa tungku moden yg boleh charge tp charger dah hilang. Akak rebus je tungku tu dik..

💓 Jangan bagi anak dara kita tu stress. Memang layan baik punyalah..semua jenis makanan yang dia nak, terhidang je. Stress pun boleh mengakibatkan senggugut bertambah parah tau.

💓 Makan supplement. Yang ni penting dan kena istiqamah makan setiap hari. Saya dah bagi anak dara tu supplement dari awal tahun, dan memang ada perubahan yang sangat memberangsangkan. Pastikan supplement tu ada landmark study tau sebelum beli. Biar terbukti bagus.

Jom kongsikan dengan saya cara anda untuk hilangkan senggugut.

Robayah 012-9279307

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing


Saturday 12 November 2016

Kenangan sekolah rendah

Kenangan pada zaman bersekolah rendah.

Tak banyak sangat kenangan yang saya nak ingat. Tapi ada satu kenangan yang merubah segala kehidupan saya sehingga sekarang.

Saya bukan tergolong dalam pelajar pintar masa sekolah rendah. Kalau dalam kelas ada 40 orang, selalunya saya akan dapat nombor 35 ke atas. Tapi masih lagi dalam kelas A, tak pernah turun kelas B.

Bila kita tau bukan dalam golongan pelajar pintar, perasaan rendah diri tu memangla wujud kan. Sentiasa rasa tersisih dengan sendiri.

Dah memang masa sekolah rendah, tak pernah kenal erti nak membaca buku. Ada periksa ke tak de periksa ke, sama je. Teruk betul kan.

Bapa saya meninggal masa saya darjah 4, mak saya yang menanggung kami sekeluarga dengan berniaga. Abang abang semua masih belajar masa tu. Masing masing uruskan diri sendiri.

Masa saya dapat result Penilaian Darjah 5, hanya dapat 1A4B. Lepas tu kawan saya nama S ajak pergi lepak rumah dia. Kami dalam 5 orang semuanya seingat saya.

Bila mak S tanya saya dapat berapa dan saya bagitau dapat 1A aje, tanpa berlapik, mak S cakap kat saya ' kenapa bodoh sangat?'. Hah korang kalau dengar, apa korang buat atau apa korang punya reaction.

Sampai sekarang saya ingat skrip tu dan memang ia menjadi penguat semangat untuk saya berjaya. Menyakitkan tapi ..... Alhamdulillah. Dapat masuk sekolah berasrama, dapat pergi universiti..




Jejaka bernama Dr Forrest C. Shaklee

Tahukah anda siapa pengasas shaklee dan bagaimana ianya diwujudkan?

Baby Forest telah dilahirkan pada tahun 1894 di kawasan perlombongan di Iowa. Semasa dilahirkan, beliau telah di diagnosed mengidap tuberculosis aka TB. Dan doktor hanya memberi harapan kepada ibu bapa baby Forest yang beliau hanya boleh hidup sehingga berumur lapan tahun sahaja.

Memang sedih sangatkan sehingga bapa beliau putus harapan terhadap anaknya ini. Tetapi kasih seorang ibu terhadap anak, ibu beliau percaya anaknya ini boleh sembuh dan si ibu telah mengubah cara pemakananan harian kepada pemakanan berasaskan herba dan juga telah mencipta minyak herba untuk sapu pada baby Forest.

Akhirnya mereka telah berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan juga di Iowa. Mereka percaya dan yakin bahawa penyakit TB hanya boleh diubati dengan pemakanan yang sihat dan udara yang segar.

Akhirnya dia telah berjaya bebas dari penyakit tersebut dan menjadi remaja yang sihat.

Sebagai remaja yang pernah mengalami penyakit yang boleh membawa maut dan sembuh dengan ikhtiar dari alam semulajadi, maka beliau telah mengkaji kaitan diantara kesihatan yang bagus dan kehebatan alam semulajadi dan juga mendalami ilmu chiropractic iaitu ilmu berkaitan dengan tulang. Beliau memang seorang remaja yang pintar kan.

Pada umur 21 tahun, beliau telah mencipta vitamin berasaskan tumbuhan iaitu multivitamin yang pertama di dunia. Sesiapa yang consume vitalea shaklee patut berbangga dengan produk ini.

Beliau telah berjaya membuka klinik pada usia 23 tahun.  Tetapi oleh kerana kerjayanya banyak terdedah dengan penggunaan x-ray, pada usia 27 tahun dia telah didiagnosed menghidap kanser dan untuk kelangsungan hidup untuk masa yang pendek, doktor mahu memotong beberapa bahagian badan beliau iaitu tangan kiri dan kaki kiri.

Seorang doktor yang mempunyai masa depan yang sangat cerah bersama dengan seorang isteri dan anak, beliau tidak sanggup menyerah hidupnya kepada takdir semata mata maka beliau telah menjual kliniknya.

Dan beliau telah melakukan rawatan sendiri berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi. Sama seperti pengalamannya sembuh dari penyakit TB semasa kecil.

Akhirnya beliau berjaya sembuh dari penyakit kanser setahun selepas itu.

Dengan ilmu dan kemahiran yang ada pada dirinya, maka beliau telah mengeluarkan produk yang berasaskan alam semulajadi untuk dikongsikan bersama sama.

Dengan semangat yang ditunjukkan oleh beliau untuk terus hidup dan berterusan memberi manafaat kepada orang lain, memang kamj warga shaklee amat berbangga dengan founder kami ini.

Ianya bukan bisness semata mata tetapi matlamat akhirat adalah tujuan utama bisness ini berkembang. Tak perlu ragu ragu dengan produk shaklee sebab ia wujud hasil dari pengalaman insan yang pernah hanpir mati sebanyak dua kali dan ianya terbukti berkesan.

Jom join kami.





Friday 11 November 2016

Perangsang untuk bershaklee

Syukur pada Allah dengan nikmat yang dikurniakan olehNya kepada saya sekeluarga.

Kenapa saya sangat bersemangat untuk berbisnes shaklee?

Setiap orang akan ada faktor yang mencetuskan semangat untuk berbuat sesuatu dengan bersungguh sungguh. Begitu juga saya.

Setiap kali hantar anak ke tadika, ayat yang tak pernah lekang dari mulutnya ialah 'mama balik awal tau hari ni. Aniq nak pukul 6 dah sampai tau'. Sepanjang tahun ni, ini lah skrip yang tak pernah berubah.

Sayu hati setiap kali nak pergi kerja. Anak, mama ni kadang kadang pukul 6 masih lagi dalam bilik meeting. 😭😭

Inilah punca utama saya sangat bersungguh sungguh untuk berjaya dengan biz shaklee. Mempunyai masa untuk anak anak, mempunyai masa untuk mendalami ilmu agama, mempunyai masa untuk bertegur sapa dengan jiran tetangga.

Maafkan mama anak anak. Bersabarlah sikit saja lagi. Akan sampai jua waktu itu untuk mama fokus pada anda berdua.

Doakan saya ye moga ianya dimakbulkan Allah dalam masa terdekat.

Jika anda juga mempunyai impian yang sama dengan saya, jom bersama sama kami di Shaklee.

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffects
#16TheBest

Wednesday 9 November 2016

Petua hilangkan batuk

Batuk adalah penyakit biasa. Tapi bagi saya, batuk adalah penyakit yang sangat menakutkan.

Kenapa? Sebab saya ada asthma. Bila batuk tak terkawal, maka ia boleh trigger asthma saya.

Saya batuk selalunya ambik masa yang lama nak baik. Sebulan pun ada. Ubat batuk tu 2-3 botol habis, biasa je. Batuk tak hilang jugak.

Jadi saya nak kongsi tips untuk hilang batuk.

Bahan bahan  3 sahaja tapi kena tertib aturannya. Perlu ada sudu plastik, madu asli dan juga lemon.

Kenapa sudu plastik? Tak boleh sudu besi. Okay saya terangkan. Madu ni bersifat sedikit asid. Ph adalah antara 3-6. Maka bila guna sudu besi, ia boleh menjejaskan sedikit khasiat madu tersebut disebabkan tindakbalas logam dengan madu. Jelas ye. Jadi baik guna sudu plastik. Pinjam jap sudu anak kita tu.

Lemon kenalkan yang warna kuning tu. Tak mau guna limau nipis ke, limau kasturi ke, limau purut ke, buah limau oren tu ke. No no no. Pi cari buah lemon.

Ambik sesudu madu, titiskan lemon atas madu tersebut. Kalau boleh banyak sikit lemon tu dalam 4-5 titis. Selawat dan telan. Amalkan 2-3 kali sehari. Insya allah gatal tekak dan batuk akan hilang kurang dari seminggu.

Ini yang saya amalkan dan alhamdulillah berkesan.

Sekarang ni untuk mengelakkan anak anak terjangkit dengan batuk, saya siap siap bagi anak makan omega guard dan nutriferon. Mencegah lebih baik dari merawat kan.

Untuk saya dan suami, kami amalkan vivix. Memang nampak kesan sebelum dan selepas istiqamah bervivix ni.

#16thebest
#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffects
#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang

Tuesday 8 November 2016

Detox

Detox.

Detox ni apa ye?  Bahagian mana yang perlu detox ye? Penting ke detox ni? Siapa ye yang kena detox? Macam mana nak detox tu?

Hari ni kita sembang pasal detox. Apa detox tu? Detox adalah pembersihan, tapi pembersihan setakat mana? Usus sahaja atau kaki sahaja?

Detox adalah proses pembersihan dan pembuangan toxin yang berada di keseluruhan badan kita.

Allah telah mencipta manusia dengan system detox yang sangat hebat iaitu liver. 
Sebab tu bila ada yang liver dah rosak, mata dan kulit dah bertukar warna kekuningan, perut pun kembung semacam kan. Sebab badannya tidak boleh mengeluarkan toxin dari badan. Maka pilihan terbaik adalah pemindahan liver.

Kenapa kita kena detox? Sebab toxin berada di mana mana saja. 

Mesti ada yang cakap rumah saya bersih. Habuk takde sebab sentiasa vacum dan mop. Owhhh pemahaman yang sangatlah salah. 

Ada pakai bedak wangi? Ada pakai pencuci muka? Basuh kain ada pakai sabunkan. Lotion yang lembutkan kulit semua ada pakai kan? Minum air bertapis tak? Mandi air bertapis tak? Semua ada bahan kimia kan.

Hah dah nampak kan. Itu baru dalam rumah. Belum lagi kat luar rumah.

Kalau kat luar rumah pulak, asap rokok, asap kilang, asap kenderaan, jerebu lagi... banyakk sangat.

Pastu makan kat kedai pulak bagi yang sibuk bekerja. Air yang kita order tu air bertapis ke atau setakat air paip yang dipanaskan. Ais pulak memang dah sahlah dari air paip kan.

Kalau ada pulak yang cakap, saya makan protein aje. Tak makan nasi. Tau tak beras yang ada dipasaran adalah beras yang dah digilapkan. Sebab tu putih semacam kan. Mana dia punya khasiat..sikit aje yang tinggal.

Ok. Sambung pasal protein tadi. Kalau lah memang jaga pemakanan dan makan ikan aje. Tau tak ikan tu penuh dengan merkury..ikan siakap, ikan kembung, ikan tuna..memang kena berjaga jaga..tapi itulah yang kita makan seharian kan. Kenapa? Sebab toxin dari kilang semua campak dalam laut. Habis tu ikan yang dah ada semuanya tercemar, dapat kat kita buat siakap 3 rasa. Hmmm sodap jugak kan.

Belum lagi bab msg penambah perasa tu, flouride yang ada kat ubat gigi, dan ini sangatlah mengejutkan amalgams.

Apa tu amalgams? Ala tampalan kat gigi tu. Masa sekolah dulu dulu, zaman saya la tu, kalau gigi berlubang, klinik akan buat tampalan guna simen warna hitam ni kan. Saya pun ada juga ni😭😭. Sampai sekarang. Itu ada mercury tu. Hari hari ada dalam mulut. Camne tu.

Semua toxin yang ada dalam badan kita akan memberi kesan kepada kesihatan. Kanser, allergy, hypertension, masalah jantung, masalah perkumuhan dan banyak lagi.

Jadi masihkah kita rasa detox hanya setakat usus? Tak kan. Semuanya di persekitaran, makanan, air ada toxin yang merbahaya.

Jom kita detox sama sama. Makin kita biarkan, makin menjadi jadi penyakit hinggap pada badan.

#tsunamishaklee
#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang





Monday 7 November 2016

Harapan

Harapan dan target dalam biz Shaklee untuk 6 bulan ke hadapan.

Ini adalah sambungan dari post saya sebelum ni.

Saya ada bagitau saya telah membuat perancangan besar dalam hidup pada tahun lepas dan ianya mesti direalisasikan dalam masa 2 tahun. Dan saya sedang menuju kearah itu.

Saya sentiasa terfikir sampai umur berapa saya perlu menghabiskan masa di ofis dan keluar pukul 7pagi, balik 9 malam? Kenapa saya perlu habiskan usia dengan rutin yang sama bertahun tahun?

Kenapa saya perlu melepaskan peluang untuk melihat anak membesar di depan mata? Kenapa anak saya dipinggirkan ditaska walaupun saya tidak pernah culas untuk membayar yuran bulan? Kenapa anak saya sentiasa merengek mintak mamanya berhenti kerja? Banyak sungguh persoalan di kepala..

Dengan keadaan ekonomi sekarang, mana mungkin saya berhenti kerja tanpa perancangan yang teliti. Mesti ada sesuatu yang boleh memberi pendapatan sampingan kepada kami sekeluarga.

Sudah semestinya Shaklee adalah platform terbaik untuk saya meneruskan aktiviti harian dalam menguruskan rumah tangga dan juga dalam usaha memberi manafaat kepada orang lain.

Disamping itu dapat juga menambah pendapatan keluarga. Sebab itulah ada hadith menyatakan 9/10 dari punca rezeki adalah dari perniagaan.

Dalam masa 6 bulan kehadapan sudah tentulah saya mahu melihat diri saya setanding dengan agent Shaklee yang lain, mampu menjana bonus sehingga 5 angka.

Adakah impian itu tidak realistik? Kita yang tentukan hala tuju hidup, sudah tentu ianya boleh dicapai dengan usaha dan iltizam yang bersungguh sungguh.

Dengan bonus untuk pergi melancong ke luar negara, umrah dan ziarah, owh.. memang amat amat terkesan untuk terus berusaha ke arah itu.

Anda juga boleh bersama sama kami

jika mempunyai persoalan yang sama dengan saya. Jom kita gempur...

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffects
#16TheBest
#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang






Permata kebahagiaan

Anak adalah permata kebahagiaan keluarga. Tapi tak semua dikurniakan cahaya mata.

Jangan bersedih ibu ibu bapa bapa. Berikhtiar dan berusahalah selagi nyawa dikandung badan.

Boleh ikut panduan yang dikongsikan oleh doktor pakar sakit puan ini. Moga moga permata kebahagiaan akan beroleh jua.

http://bayakaya.blogspot.my

#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang

Buku

Buku yang baru separuh ditelaah. Di Sebalik Niqab dari Puan Roza Roslan.
.
Pengalaman mengembara di lebih 25 buah negara dan juga pengalaman bermukim di Madinah selama 3 tahun dikongsikan oleh penulis hebat ini untuk sama sama diambil pengajaran dan penyebab untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya.
.
Kisah kehidupan harian wanita yang berhijab di negara Arab yang kelihatan biasa biasa sahaja melalui pandangan mata biasa. Tetapi ada ilmu yang hadir dari kehidupan biasa tersebut. Sungguh berinspirasi.
.
Tidak dilupakan juga diselitkan resepi resepi dari timur tengah sebagai hadiah ilmu dari Puan Roza.
.
Semoga dipengakhiran pembacaan buku ini, saya dapat mengubah minda dan persepsi senantiasa ke arah positif. Insya Allah.

http://bayakaya.blogspot.my
#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffects
#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleeampang

Sunday 6 November 2016

Gout

Sapa yang pernah kena gout akan tahu tahap mana sakit tersebut. Sampaikan tersentuh pun tak boleh.
.
Saya pernah tengok seorang lelaki sado bukan menitiskan air mata je, tapi sampai tahap menangis tau tak tahan sakit.
.
Ambik injection kejap je bertahan, pastu sakitnya datang semula. Gout kalau tak diubati akan merosakkan buah pinggang.
.
Akak akak yang sayangkan abam abam tu, meh hulurkan vivix ni. Masa ni lah nak tunjuk kasih sayang sejati.

#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleepandanmewah

Anak meninggal kerana asap rokok

Allahuakbar.

Anak satu tahun meninggal kerana asap rokok. Puncanya dari bapa sendiri.

Rasa bersalah yang takkan hilang sehingga mati.


http://sehinggit.blogspot.my/2016/09/anak-1-tahun-meninggal-dunia-kerana.html?m=1

Syaitan suka orang merokok

Syaitan pun suka orang yang merokok.

Belum lagi kita lihat pada perwatakan si perokok.

Saya boleh bantu anda untuk hilangkan ketagihan merokok ni.

Klik link dibawah untuk tahu betapa dahsyatnya syaitan suka pada perokok.

http://www.ambiguistis.net/2016/08/perokok-adalah-temannya-setan.html?m=1

Wasap/call 012-9279307

#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleepandanmewah

Angin dalam badan

Yang ada angin dalam badan, bisa bisa sendi sebab angin, loya loya ke tak perlu nak rebus halia.

Telan je peppermint ni, Insya Allah sejam dua lepas tu dah rasa lega.


Hobi

Saya tak mempunyai banyak masa terluang sebab kalau hari bekerja, sampai rumah selalunya pukul 9 malam.
.
Hari minggu adalah hari berehat dan membasuh sedunia.😂 Rutin yang sama semenjak kahwin, bekerja dan ada anak.
.
TAPI minat membaca tak boleh dipadamkan. Setiap bulan akan ada buku baru kat rak. Baca tak baca itu lain cerita. Beli dulu, kadang  selepas sebulan beli baru sempat belek belek.
.
Buku yang menjentik hati sentiasa dalam top list. Tak kira novel ke, buku motivasi ke, semua boleh. Saya ni jenis hati ala ala ada taman sikit. Poyo kan..nampak garang di luaran,  tapi bila baca novel, berderai derai ayak mata😝. Tak tido malam pun takpa.
.
Kalau tengok friend list saya kat fb, owh.. kebanyakkannya NGO untuk kebajikan. Salah satu insan yang saya sentiasa follow Puan ZarinaNawawi, kawan lama masa belajar. Sangat instiqamah dengan kerja kebajikan.
.
Begitu juga dengan Cikgu Abdul Ghani Harun.
Kompilasi dari catatan motivasinya di fb dan dibukukan sangatlah terkesan dihati. Membeli sambil bersedekah. Itu selalu dititik beratkan oleh beliau.
.
Kebanyakan buku motivasi yang saya beli adalah insan yang saya follow kat fb beliau. Nazali Noor, Saiful Nang, Puan Roza & Prof Kamil, Ustaz Ebit dan ramai lagilah. Setiap mereka mempunyai cara yang berbeza untuk menyuntik hati menjadi manusia yg boleh memberi manafaat pada orang lain.
.
Saya tak suka bercerita tanpa ada ilmu. Begitu juga dengan produk shaklee ini. Bila dah guna, dah tahu apa kesan dan kebaikannya, baru boleh sebarkan. Ilmu itu penting naa.
.
Jadi jangan risau ye. Apa yang saya selalu share pasal shaklee tu semua saya dah guna dan dah terbukti bagus. Takmo setakat cerita aje lebih kan, sebab saya punya moto 'nak semua orang sihat'.

Jadi apa buku yang anda suka baca? Meh kongsi kat sini.

Pssst: Dengarnya Melur Jelita dah keluar novel baru. Betul ke? Nak kena cari ni..

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffects
#pts16
#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleepandanmewah

Supplement kesukaan saya

Supplement yang saya istiqamah consume ialah vivix. Mesti sesudu setiap pagi.
.
Supplemen yang lain dah habis boleh tahan sabar lagi. Vivix kalau dah nak habis, cepat cepat restok.
.
Walaupun ini adalah supplemen yang harganya boleh tahan, tapi sebab saya percaya dan yakin dengan keberkesanannya, kesihatan tak boleh dinilai dengan wang.
.
Saya tak mau penyakit hinggap kat badan sebab saya ada anak dan juga keluarga untuk dijaga. Kalau ikutkan company cover je kalau gi klinik nak gi check dan ambik ubat bagai.
.
Punya saya yakin dengan Shaklee ni, tengok kawan pucat ke, demam ke, naik jerawat ke, tapak tangan sensitif ke, cepat je tanya khabar dan dalam kepala dah pikir apa yang sesuai nak bantu kawan aku ni. Kalau sebelum ni terus suruh pegi klinik je lah kan.
.
Saya nak semua orang sihat. Husband saya pun terkejut sebab dia baru perasan memori dia makin bagus. Dalam meeting tu ada je idea nak bagi kat bos. Dia pun consume vivix juga.😀
.
Nak join kami untuk sama sama memberi manafaat kepada manusia lain, boleh je. Sangat dialu alukan.

012-9279307
http://bayakaya.blogspot.my

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffects
#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleepandanmewah

Kasih Sayang Allah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Perjalanan hidup saya memang Allah sangat permudahkan. Saya anak bongsu dalam keluarga. Mesti nak cakap manja la tu kan..big NO ye.
.
Dari kecik lagi saya memang bercita cita nak kerja bank. Tak tau lah rasa macam sangat hebat keja bank masa tu.
.
Bila dah besar sikit, saya ada perancangan nak kahwin umur 25. Allah makbulkan kemahuan saya untuk kerja di bank dan juga kahwin pada umur 25.
.
Bila saya dah mula ada anak dan suami, saya dah tak ada perancangan besar dalam hidup. Hanya ikut sahaja perjalanan masa. Sehingga lah saya dah bekerja selama 16 tahun di bank yang sama.
.
Rupanya panas tak sempat sampai ke petang. Tengahari dah start mendung. Umur 30 an saya dah kena hinggap high blood pressure. Darah tinggi la tu. Coversyl sentiasa perlu telan setiap hari. Caffox sentiasa perlu ada dalam handbag sebab saya juga ada migrain.
.
Saya memang sangat committed pada kerja sehinggakan saya sentiasa skip masa lunch saya.  Sentiasa di depan pc dari jam 9 hingga 6. Bangun untuk solat dan ke toilet. Mula dah start sakit belakang sebab tak banyak aktiviti fizikal.
.
Dah nampakkan ianya dah berjangkit jangkit hinggap penyakit. Sekarang ni dah start sakit lutut pulak. Saya ni baru umur 41 tapi ini dugaan yang saya dapat.. takpe Allah itu maha berkuasa.
.
Start tahun lepas saya dah berjinak jinak dengan supplemen untuk makan sendiri. Tahun ni cam mana tah terpikat pulak dengan vivix. Memang ohsem sangat. Sesuai bebenor dengan saya ni kan. Tak boleh tak ada.
.
Dan start tahun lepas juga saya dah buat perancangan besar dalam hidup. Nak tahu? Ha ha...follow kat episod seterusnya...nanti saya sambung..
.
Psssst..kalau nak supplemen terbaik, boleh wasap atau call tau. Tak payah malu tak payah segan..

012-9279307
http:/bayakaya.blogspot.my

#tsunamishaklee
#shakleeeffects
#liveamazing
#pts16
#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleepandanmewah