Monday, 14 November 2016

1st customer dalam kenangan

1st customer...memang kelakar sangat.

Saya bukan SID yang aktif sebelum ni. Buat makan sendiri je pun. Tak pernah ambik tau pasal supplement lain sebab dok pulun vivix je.

Tetiba satu hari tu, dapat whatsap dari customer tanya pasal filter untuk water pitcher. Dalam hati dok pikir, shaklee ada jual jugak ke water filter ni. Macam tu sekali knowledge saya pasal shaklee. Hampir zero.

Mana pulak dia dapat nombor phone ni. Tak pernah publish kat mana mana pun. Dah cuak dah.

Apa lagi terus call upline la yang jadi mangsa. Nak reject sayang sebab ikan dah nak tersangkut dah ni. Rupanya upline dah publish nombor saya kat blog dia hampir setengah tahun dah sebagai SID untuk area kajang. Kantoi kan.

Explain sikit sebanyak kat customer, tak sampai 2 jam dah bank in. Masa tu memang happyyyy sesangat. Betapa mudahnya dapat sale. Tak perlu berhujan berpanas.

Lepas dari kejadian tu, barulah terhegeh hegeh nak mula aktif. Macam budak baru pandai mengesot. Kalau merangkak tu dah advance jugak kan.

Tapi sebenarnya memang banyak benda yang saya tak tau fungsi supplemen ni. Vitamin c, bco, gla.. bila dah study baru nampak badan kita kurang vitamin kat mana.

Tak rugi menuntut ilmu ni. Sebab utama adalah nak berkongsi manfaat dan kaya di akhirat.