Saturday 12 November 2016

Jejaka bernama Dr Forrest C. Shaklee

Tahukah anda siapa pengasas shaklee dan bagaimana ianya diwujudkan?

Baby Forest telah dilahirkan pada tahun 1894 di kawasan perlombongan di Iowa. Semasa dilahirkan, beliau telah di diagnosed mengidap tuberculosis aka TB. Dan doktor hanya memberi harapan kepada ibu bapa baby Forest yang beliau hanya boleh hidup sehingga berumur lapan tahun sahaja.

Memang sedih sangatkan sehingga bapa beliau putus harapan terhadap anaknya ini. Tetapi kasih seorang ibu terhadap anak, ibu beliau percaya anaknya ini boleh sembuh dan si ibu telah mengubah cara pemakananan harian kepada pemakanan berasaskan herba dan juga telah mencipta minyak herba untuk sapu pada baby Forest.

Akhirnya mereka telah berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan juga di Iowa. Mereka percaya dan yakin bahawa penyakit TB hanya boleh diubati dengan pemakanan yang sihat dan udara yang segar.

Akhirnya dia telah berjaya bebas dari penyakit tersebut dan menjadi remaja yang sihat.

Sebagai remaja yang pernah mengalami penyakit yang boleh membawa maut dan sembuh dengan ikhtiar dari alam semulajadi, maka beliau telah mengkaji kaitan diantara kesihatan yang bagus dan kehebatan alam semulajadi dan juga mendalami ilmu chiropractic iaitu ilmu berkaitan dengan tulang. Beliau memang seorang remaja yang pintar kan.

Pada umur 21 tahun, beliau telah mencipta vitamin berasaskan tumbuhan iaitu multivitamin yang pertama di dunia. Sesiapa yang consume vitalea shaklee patut berbangga dengan produk ini.

Beliau telah berjaya membuka klinik pada usia 23 tahun.  Tetapi oleh kerana kerjayanya banyak terdedah dengan penggunaan x-ray, pada usia 27 tahun dia telah didiagnosed menghidap kanser dan untuk kelangsungan hidup untuk masa yang pendek, doktor mahu memotong beberapa bahagian badan beliau iaitu tangan kiri dan kaki kiri.

Seorang doktor yang mempunyai masa depan yang sangat cerah bersama dengan seorang isteri dan anak, beliau tidak sanggup menyerah hidupnya kepada takdir semata mata maka beliau telah menjual kliniknya.

Dan beliau telah melakukan rawatan sendiri berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi. Sama seperti pengalamannya sembuh dari penyakit TB semasa kecil.

Akhirnya beliau berjaya sembuh dari penyakit kanser setahun selepas itu.

Dengan ilmu dan kemahiran yang ada pada dirinya, maka beliau telah mengeluarkan produk yang berasaskan alam semulajadi untuk dikongsikan bersama sama.

Dengan semangat yang ditunjukkan oleh beliau untuk terus hidup dan berterusan memberi manafaat kepada orang lain, memang kamj warga shaklee amat berbangga dengan founder kami ini.

Ianya bukan bisness semata mata tetapi matlamat akhirat adalah tujuan utama bisness ini berkembang. Tak perlu ragu ragu dengan produk shaklee sebab ia wujud hasil dari pengalaman insan yang pernah hanpir mati sebanyak dua kali dan ianya terbukti berkesan.

Jom join kami.





No comments:

Post a Comment