Monday, 28 November 2016

Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak Sambil Mak Bisnes Online

Cuti sekolah muncul lagi..

Yang paling seronok mestilah anak anak. Mak bapak pun seronok jugak sebab pagi pagi nak pergi kerja jalan kurang jem dan tak perlu berkejar hantar anak ke sekolah kan.

Cuti sekolah belum plan lagi nak kemana dan buat apa. Hajat di hati nak jugak jalan jalan tapi encik suami cuti tahunan dah nak habis.

Nak sunatkan si kecik tu macam takde keberanian lagi. Tunggu tahun depanlah hi hi.. maknya yang takut. Ala baru 6 tahun..

Sebenarnya 2 minggu lepas kami dah pegi sunway lagoon main air. Ada family day. Kira aci lah kan dah bawak jejalan. Sun burn kat muka si bujang kecik tu pun belum hilang sepenuhnya lagi.. takde lah ralat sangat kalau tak bawak pegi holiday.

Sambil sambil tu budak budak ni memang ikut je kami bila buat delivery. Pusing pusing kajang dan ampang. Biar dia orang tahu bukan mudah nak dapat duit. Jangan tau mintak je..

Si kakak pun dah pandai tanya mama setiap kali delivery berapa profit dapat. Dia memang suka berniaga. Kadang kadang saya akan buat cup cake dan spagethi. Makanan memang sentiasa habis tapi untung dan kos entah kemana.. sebab selalunya kesian kat kawan, bagi je percuma makan 😂😂

Oleh kerana hari ni baru start cuti, ada masa lagi nak plan cuti ni buat apa. Yang penting bisness online pun kena jalan jugak. Stok kena sentiasa ada, senang nak cod. Dah semuanya kat phone, takde masalah nak kemana sahaja.

Anda semua pulak aktiviti apa cuti sekolah ni? Jom share dengan saya.

Kalau nak order supplement pun boleh jugak. Call no kat bawah..

012-9279307