Tuesday, 8 November 2016

Detox

Detox.

Detox ni apa ye?  Bahagian mana yang perlu detox ye? Penting ke detox ni? Siapa ye yang kena detox? Macam mana nak detox tu?

Hari ni kita sembang pasal detox. Apa detox tu? Detox adalah pembersihan, tapi pembersihan setakat mana? Usus sahaja atau kaki sahaja?

Detox adalah proses pembersihan dan pembuangan toxin yang berada di keseluruhan badan kita.

Allah telah mencipta manusia dengan system detox yang sangat hebat iaitu liver. 
Sebab tu bila ada yang liver dah rosak, mata dan kulit dah bertukar warna kekuningan, perut pun kembung semacam kan. Sebab badannya tidak boleh mengeluarkan toxin dari badan. Maka pilihan terbaik adalah pemindahan liver.

Kenapa kita kena detox? Sebab toxin berada di mana mana saja. 

Mesti ada yang cakap rumah saya bersih. Habuk takde sebab sentiasa vacum dan mop. Owhhh pemahaman yang sangatlah salah. 

Ada pakai bedak wangi? Ada pakai pencuci muka? Basuh kain ada pakai sabunkan. Lotion yang lembutkan kulit semua ada pakai kan? Minum air bertapis tak? Mandi air bertapis tak? Semua ada bahan kimia kan.

Hah dah nampak kan. Itu baru dalam rumah. Belum lagi kat luar rumah.

Kalau kat luar rumah pulak, asap rokok, asap kilang, asap kenderaan, jerebu lagi... banyakk sangat.

Pastu makan kat kedai pulak bagi yang sibuk bekerja. Air yang kita order tu air bertapis ke atau setakat air paip yang dipanaskan. Ais pulak memang dah sahlah dari air paip kan.

Kalau ada pulak yang cakap, saya makan protein aje. Tak makan nasi. Tau tak beras yang ada dipasaran adalah beras yang dah digilapkan. Sebab tu putih semacam kan. Mana dia punya khasiat..sikit aje yang tinggal.

Ok. Sambung pasal protein tadi. Kalau lah memang jaga pemakanan dan makan ikan aje. Tau tak ikan tu penuh dengan merkury..ikan siakap, ikan kembung, ikan tuna..memang kena berjaga jaga..tapi itulah yang kita makan seharian kan. Kenapa? Sebab toxin dari kilang semua campak dalam laut. Habis tu ikan yang dah ada semuanya tercemar, dapat kat kita buat siakap 3 rasa. Hmmm sodap jugak kan.

Belum lagi bab msg penambah perasa tu, flouride yang ada kat ubat gigi, dan ini sangatlah mengejutkan amalgams.

Apa tu amalgams? Ala tampalan kat gigi tu. Masa sekolah dulu dulu, zaman saya la tu, kalau gigi berlubang, klinik akan buat tampalan guna simen warna hitam ni kan. Saya pun ada juga ni😭😭. Sampai sekarang. Itu ada mercury tu. Hari hari ada dalam mulut. Camne tu.

Semua toxin yang ada dalam badan kita akan memberi kesan kepada kesihatan. Kanser, allergy, hypertension, masalah jantung, masalah perkumuhan dan banyak lagi.

Jadi masihkah kita rasa detox hanya setakat usus? Tak kan. Semuanya di persekitaran, makanan, air ada toxin yang merbahaya.

Jom kita detox sama sama. Makin kita biarkan, makin menjadi jadi penyakit hinggap pada badan.

#tsunamishaklee
#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang