Monday 19 February 2018

Cara Legakan Bengkak Susu



Cara nak legakan bengkak susu.

Dah lah sakit bersalin belum habis, ditambah pulak sakit berdenyut denyut bengkak susu. Sampai boleh demam pun ada. Si baby merengek rengek sebab minum susu tak puas.


Ini biasa berlaku pada ibu ibu yang baru lepas bersalin dan masih dalam pantang. Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk membantu baikkan bengkak susu. Salah satunya dengan menekap kubis pada payudara si ibu. Tapi kena ingat ye, kadang kadang memang boleh baik, tapi datang dengan pakej susu kurang sekali. Jenuh jugak tu.


Apa yang boleh dilakukan bila terjadinya bengkak susu? Kena fikir positif ye. Payudara bengkak  kerana kita sedang menghasilkan susu untuk bagi kat baby kita.

Antara yang boleh dibuat apabila berlakunya bengkak susu ialah:


1. Pilih coli yang sesuai yang boleh menyokong payudara korang. Jangan pilih yang ketat. Makin sakit nanti.

2. Susukan baby dengan kerap iaitu 2-3 jam sekali. Kejutkan baby jika dia tengah tido. Pastikan baby menyusu pada kedua dua belah payudara. Kena gilir gilir tukar ye.

3. Pastikan baby melekap mulutnya dengan penuh pada areola iaitu kawasan puting yang gelap tu. Untuk memudahkan proses penyusuan dan susu keluar dengan mudah, tekapkan tuala panas pada dada atau mandi dengan air suam.

4. Jika susu terlampau penuh dan baby pun dah kenyang selepas disusukan, gunakan pam untuk mengeluarkan lebihan susu tersebut. Jangan biarkan terlalu lama pada payudara. 

5. Semasa baby tengah meyusu, urutkan payudara secara perlahan lahan. ini untuk melancarkan lagi proses pengaliran susu.

6. Jika tak tahan sakit, ambik ubat penahan sakit seperti yang disarankan oleh doktor.

7. Kena sabar banyak banyak dengan proses penyusuan dan bengkak susu ini. Ianya akan berlalu dengan cepat bila kita berfikir secara positif okay.


Jika semua diatas telah dibuat tapi masih lagi belum dapat selesaikan masalah bengkak susu, kena cuba makan Lecithin dan jugak Garlic untuk membantu melegakan bengkak susu korang.




Sunday 18 February 2018

Susah Nak Membuang?



Susah Nak Membuang?

Dengan bahasa mudah kita panggil sembelit?  Ia dikatakan sembelit bila proses membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu.

Sembelit membuatkan pengidap rasa tak puas bila buang air besar dan perut membuncit.

Macam mana sembelit terjadi?

Antara punca terjadinya sembelit ialah:

1. Mengabaikan apabila datang isyarat nak buang air besar. Dok tahan tahan lepas tu rasa nak membuang hilang.

2. Kurang minum air

3. Kurang makan makanan yang tinggi fibre seperti buah dan sayuran.

Kesan dari sembelit

Sembelit boleh menyebabkan toksin tidak boleh dikeluarkan dari badan secara cekap. Najis yang keras akan melekat pada dinding usus besar dan meyebabkan usus tersumbat.

Dan disinilah bermulanya penyakit datang. Pernah dengar tak kata kata 'semua penyakit bermula dari perut'.

Ia bukan sahaja akan menyebabkan kanser kolon, tetapi jugak kanser kepada lain lain anggota badan.  Ini disebabkan toksin yang tidak dapat dikeluarkan dengan cekap telah mengitari seluruh badan. Sangat menakutkan.

Cara mengatasi masalah sembelit

Cara yang paling biasa dilakukan ialah:

1. Perbanyakkan makan buah buahan dan jugak sayuran hijau.

2. Minum air putih 3 liter sehari untuk membuang segala toksin dalam badan dan jugak untuk memudahkan proses pembuangan.


Paling mudah yang boleh korang lakukan ialah mengambil Set Sembelit Shaklee. Saya akan ajar cara pemakanan yang betul sehingga masalah sembelit korang boleh dihapuskan sepenuhnya.




Cara Mengatasi Masalah Kebas

Korang ada masalah kebas kebas kat kaki, tangan dan seluruh badan?


Bila umur dah meninngkat, macam macam penyakit suka la hinggap kat badan. Kadang kadang rasa kaki kebas dan menyucuk bila bangun dari tidur. Sampaikan kena berjengkit jengkit bila nak menapak.

Badan pulak rasa sakit sakit kat sendi, lenguh, berat semacam. Lutut pulak dah macam tertanggal skru. sampai berbunyi pun hado.

Jom saya kongsikan cara nak hilangkan kebas dengan guna cara tradisional.

BAHAN BAHAN:
Halba
Halia
Serai

Caranya mudah je. Didihkan semuanya dengan 3 gelas air dan angkat. Pastu masukkan sedikit air asam jawa. Rasa masam masam tu yang sedap. Jadikan amalan seharian, minum masa suam.

Tapi ada lagi cara yang paling mudah iaitu makan supplemen.


Tak perlu nak rebus bagai dah.
Hanya dengan Vivix, Omega Guard, B Complex dan Ostematrix. Insya Allah masalah kebas kebas dapat dihilangkan.

Meh hubungi saya untuk penerangan lanjut dan cara pemakanan supplemen yang betul.