Monday 19 February 2018

Cara Legakan Bengkak Susu



Cara nak legakan bengkak susu.

Dah lah sakit bersalin belum habis, ditambah pulak sakit berdenyut denyut bengkak susu. Sampai boleh demam pun ada. Si baby merengek rengek sebab minum susu tak puas.


Ini biasa berlaku pada ibu ibu yang baru lepas bersalin dan masih dalam pantang. Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk membantu baikkan bengkak susu. Salah satunya dengan menekap kubis pada payudara si ibu. Tapi kena ingat ye, kadang kadang memang boleh baik, tapi datang dengan pakej susu kurang sekali. Jenuh jugak tu.


Apa yang boleh dilakukan bila terjadinya bengkak susu? Kena fikir positif ye. Payudara bengkak  kerana kita sedang menghasilkan susu untuk bagi kat baby kita.

Antara yang boleh dibuat apabila berlakunya bengkak susu ialah:


1. Pilih coli yang sesuai yang boleh menyokong payudara korang. Jangan pilih yang ketat. Makin sakit nanti.

2. Susukan baby dengan kerap iaitu 2-3 jam sekali. Kejutkan baby jika dia tengah tido. Pastikan baby menyusu pada kedua dua belah payudara. Kena gilir gilir tukar ye.

3. Pastikan baby melekap mulutnya dengan penuh pada areola iaitu kawasan puting yang gelap tu. Untuk memudahkan proses penyusuan dan susu keluar dengan mudah, tekapkan tuala panas pada dada atau mandi dengan air suam.

4. Jika susu terlampau penuh dan baby pun dah kenyang selepas disusukan, gunakan pam untuk mengeluarkan lebihan susu tersebut. Jangan biarkan terlalu lama pada payudara. 

5. Semasa baby tengah meyusu, urutkan payudara secara perlahan lahan. ini untuk melancarkan lagi proses pengaliran susu.

6. Jika tak tahan sakit, ambik ubat penahan sakit seperti yang disarankan oleh doktor.

7. Kena sabar banyak banyak dengan proses penyusuan dan bengkak susu ini. Ianya akan berlalu dengan cepat bila kita berfikir secara positif okay.


Jika semua diatas telah dibuat tapi masih lagi belum dapat selesaikan masalah bengkak susu, kena cuba makan Lecithin dan jugak Garlic untuk membantu melegakan bengkak susu korang.




No comments:

Post a Comment