Thursday, 19 January 2017

Nak sewa ke nak beli rumah

Apa pendapat korang, nak tinggal menyewa ke atau nak beli rumah.

Masing masing ada pendapat dan pandangan kan.

Kalau kat KL ni, harga sewa sebulan pun kadang kadang lagi mahal dari bayar kat bank.

Sepanjang hidup saya, saya pernah tinggal menyewa sebanyak 5 buah rumah dalam masa 7-8 tahun. Hampir setiap tahun pindah. Kelakar jugak kan. Sehinggalah dapat tinggal di rumah sendiri.

Tapi ada jugak kebaikannya sebab saya akan familiar dengan kawasan tersebut.

Sekarang ni masih lagi bercita cita nak ada rumah yang ada laman depan belakang kiri kanan. Doakan ya.