Sunday 8 January 2017

Cara Untuk Berjaya Dalam Hidup

Kekurangan diri bukan alasan untuk berjaya.

Itulah mesej besar yang ingin disampaikan dalam cerita ' Forrest Gump'.

Ini cerita lama tahun 1994 tapi ceritanya memang superb. Ingat lagi tak apa mak forrest berpesan padanya?

"Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get".

Hidup ini tidak boleh dijangka apa akan berlaku. Mungkin ada masa kita akan dapat rasa pahit, manis dalam perjalan hidup ni. Yang penting teruskan perjuangan.

Dalam cerita ni, ada juga unsur negatif, tapi kita ambik yang positif sebagai panduan hidup.

Kisah seorang kanak kanak yang boleh katakan lembam dan mempunyai kecacatan kaki tetapi mempunyai hati yang sangat baik, menyebabkan dia tidak diterima untuk memasuki sekolah.

Kasih sayang seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja agar anak dapat belajar seperti orang lain. Disebabkan kecacatannya, dia sentiasa dibuli oleh kanak kanak lain.

Ceritanya banyak berkisar nilai persahabatan dan kasih sayang orang terdekat yang mendorang untuk berjaya. 

Saya boleh simpulkan pengajaran dalam cerita ni:

1. Kasih sayang ibu jangan dipandang rendah. Berjaya dalam hidup juga adalah dari doa seorang ibu.

2. Pendorong untuk berjaya datangnya dari orang terdekat. Untuk berjaya terutama dalam bisness, dorongan dan doa isteri atau suami akan memudahkan urusan pasangan maju dan bersemangat dalam kerjaya.

3. Memilih kawan yang positif adalah sangat penting. Dalam group shaklee kami, perbincangan sentiasa dilakukan untuk menambah ilmu dan juga membantu antara satu sama lain.

4. Usaha hingga berjaya. Apa sahaja rintangan yang ada, rempuh dan hadapinya dengan sangat yakin bahawa selepas kesusahan yang di alami, pasti akan dapat kecapi manisnya.

Inilah panduan untuk kita kekal dalam bisnes dan juga teguh pendirian dalam apa sahaja bidang yang diceburi.


No comments:

Post a Comment