Saturday, 3 December 2016

Banjir dalam kenangan

Sekarang dah bermula musim tengkujuh. Maksudnya dah masuk musim banjir lah tu. Tiba tiba pulak teringat kenangan waktu banjir masa kecik kecik dulu.

Saya berasal dari kampung di Terengganu. Terengganu dan kelantan tu perkara biasa kalau banjir setiap tahun. Besar atau kecil je banjir tu.

 Memang tak sabar menanti banjir datang. Sebab apa? Mestilah nak main air. Pelampung dah standby siap siap. Dulu dulu kami buat tiub tayar sebagai pelampung. Bestkan..

Rumah kami jenis tiang tinggi. Arwah ayah tau kat area tu memang kawasan rendah sikit, jadi buat rumah pun siap buat tinggi terus. Sentiasa check tahap air kat tangga. Dah berapa anak tangga naik. Kami tak check berapa meter air naik. Legend betul kan.

Bila dah air naik tinggi sikit, mulalah jiran terdekat pindah ke rumah kami. Selalunya ada 2-3 keluarga akan berpindah. Dulu dulu mana ada pusat pemindahan. Tak pernah dengar rasanya.

Bila dah ada geng datang rumah, apa lagi..tunggu siang, terus terjun dalam air. Dulu tak rasa geli pun dengan air yang warna coklat tu. Bukannya jernih air banjir ni. Dengan sampah sarap dia bawah sekali.

Ulat gonggok tu memang bersepah la melekat kat tangga. Nasib baik tak pernah jumpa ular dalam air. Main air sampai tangan kecut kecut dan mulut dah terketar ketar berlaga gigi, baru naik. Makan pulak pulut dengan kelapa cicah ikan masin. Petang ada sesi lain pulak. Heavan la masa tu..

Last banjir terbesar yang berlaku masa tahun 2014 tu lah. Tapi parent saya tak pindah pun. Cuma alihkan kereta kat tempat tinggi.

Bila teringat zaman kecik kecik dulu, memang tak de masalah nak difikirkan. Enjoy je kan. Harap saya sentiasa ingat memori ini bila dah ada dalam blog.

Saya pengedar shaklee area ampang dan kajang. Sebarang pertanyaan, boleh call no di bawah.

012-9279307
Robayah