Tuesday 6 June 2017

Motivasi Ramadhan Bagi Pengedar Shaklee Ampang

Ramadhan hari yang ke 11.

Sudah habis 1/3 Ramadhan ditunaikan oleh umat Islam tahun ni kan. Alhamdulilah masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk grab apa sahaja tawaran pahala pada bulan ni.

Ramadhan mendidik jiwa untuk bersabar. Sabar dalam apa sahaja keadaan. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga.

Sabar dengan karenah customer yang tanya macam macam tapi tak jadi beli produk kita.  Pikir positif yang kita masih lagi belum mahir nak yakinkan kebaikan produk Shaklee.

Sabar dengan HQ shaklee yang hot item produk sentiasa habis stok. Pastu nak top up ambik masa agak lama. Pikir positif yang stok baru akan lebih fresh dan sedap.

Sabar dengan ruang masa yang amat terhad. Balik kerja merempuh jem dan berkejar kejar cari makanan berbuka untuk keluarga. Pikir positif yang kita masih belum mahir menguruskan masa.

Indahnya berniaga seiring dengan bulan Ramadhan bulan istimewa. Keyakinan tentang indahnya rezeki yang akan Allah kasi dengan syarat mintak sungguh sungguh. Usaha dan perbuatan mesti seiring.

Selamat menyambut Ramadhan semua. Moga lagi 2/3 Ramadan yang masih berbaki ini memberi peluang dan ruang untuk kita menambah baikkan apa sahaja ibadat dalam apa sahaja keadaan. Samada dalam keadaan sempit atau keadaan senang.

#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang
#tsunamishaklee

No comments:

Post a Comment