Thursday 1 June 2017

Kenapa Saya Berbisnes

Kenapa saya berbisnes?

Orang selalu tegur saya tak cukup lagi ke gaji tiap tiap bulan dapat? Duit banyak banyak nak buat apa? Gaji bulan lepas tak luak lagi tu..

Dah lali telinga ni menadah suara rakan rakan.

Kenapa ya saya berbisness? Ianya bermula bila saya dah mula rasa stress bekerja makan gaji. Jemu pun ada dengan suasana kat opis. 17 tahun sudah. Dan big why saya adalah anak anak.

2 tahun lepas saya tetapkan matlamat untuk berhijrah. 2 tahun je saya bagi masa kat diri saya untuk bersedia. Dan ini adalah tahun kedua.

Maka saya perlu kukuhkan dulu status kewangan saya. Tak mahu bila dah berhijrah, takde income masuk. Sesak jugak tu bila dah biasa pegang duit sendiri kan.

Pulak tu bila tengok master master shaklee lain kerjanya pergi travel je, sapa tak geram. Posing sana, posing sini. Siap kepal kepal snow lagi. Hish..memang sungguh terinspirasi nak follow dia orang ni..

Nak berjaya bukan mudah. Tapi kalau tak berusaha lagi susah. Yang penting penuhkan ilmu di dada. Biar jadi SID yang berilmu. Bukan asal boleh jual je. Bahaya ni.

#tsunamishaklee

No comments:

Post a Comment