Friday, 2 June 2017

Impian Seorang Pengedar Shaklee Ampang

Impian

Korang ada impian tak? Selalunya letak impian tu yang jenis biasa biasa ke atau jenis luar biasa. Alaaa bukan kena bayar pun.

Impian ni jarang orang ambik kisah, sebab suka follow with the flow. Kalau jenis makan gaji, dah boleh kira setahun boleh kumpul duit banyak mana. Contohnya kalau nak beli kereta, jenis apa yang setaraf dengan gaji. Sebab tu impian jadi biasa biasa je.


Sebenarnya dari impianlah ia akan jadi kenyataan. Semua fokus kita akan kearah camne nak jadikan impian jadi kenyataan. Jadi kenalah letak impian yang luar biasa tapi realistik lah.

Katakanlah sekarang, katakanlah ye. Ini maksudnya belum ada lagi la sekarang 😂😂. Katakanlah saya ada RM1 juta sekarang. Apa saya buat. RM1 juta tak banyak ye sebenarnya.

Jom saya list down kan impian saya kalau saya ada RM 1 juta sekarang.

Paling utama sekali saya akan langsaikan dulu semua hutang. Itu yang top priority dalam hidup. Nak hidup dalam keadaan bebas hutang. Tak perlu fikir setiap bulan kena cari duit semata mata nak bayar hutang bank. Inilah kejayaan terbesar jika dapat langsaikan dalam masa terdekat.

Bila dah tiada hutang, saya dah boleh berhenti kerja. Fokus hanya pada bisnes Shaklee dan keluarga. Ini big why saya.

Saya akan bawak keluarga saya menunaikan umrah. Lama sangat dah nak pergi ni tapi sebabkan kekangan masa, sentiasa tertangguh.

Simpanan kena ada untuk pelajaran anak anak dan hari tua. Tak boleh membazir tak tentu hala. Nak renovate rumah ke, nak tukar kereta ke, itu kemudian kira.

Reservekan juga sebagai modal busines. Jangan ingat berniaga Shaklee ni tak perlu modal. Banyak atau sikit ikut kemampuan masing masing.

Saya suka simpan stok sebab pelanggan shaklee tak suka menunggu nak dapat barang. Takde lah sampai satu gudang. Bila nak barang tu, dan dan tu jugak nak suruh cod. Banyak kali saya terlepas customer sebab kes macam ni. Jadi saya akan make sure setiap item produk shaklee yang top 10 tu ada dalam simpanan sentiasa.

Nampak macam biasa biasa kan. Tapi saya tau inilah impian jangka masa pendek semua orang jika ada RM1 juta sekarang.

Jom pasni kita berimpian untuk jangka masa panjang pulak. Ingat ye. Impian tak perlu di bayar tapi kena realistik. Jadi kena tetapkan impian yang luar biasa tau.