Wednesday 21 March 2018

BIG WHY - Tips Untuk Kekal Bisnes


Nak berbisnes memang mudah. Semua orang mampu buat. Tapi macam mana nak kekalkan mementum untuk buat bisnes sehingga berjaya?


Tak pernah terpikir sepanjang hidup saya ni saya akan buat bisness. Sangat sangat segan untuk approach orang suruh beli produk kita. Sebab memang dari sekolah lagi saya bercita cita nak kerja bank.
 
Image result for BIG WHY - Tips Untuk Kekal Bisnes


Rupanya Allah bukak mata saya terjumpa dengan produk Shaklee dan mendorongkan saya buat bisnes Shaklee sebab saya ada BIG WHY dalam hidup. BIG WHY yang sangat sangat besar iaitu nak tengok anak anak membesar di depan mata.


Memang kena kuatkan jugak semangat macam mana pun sebab saya ada target yang sangat besar yang perlu saya buat. Sibuk dengan kerja opis, sibuk dengan bisnes, sibuk dengan urusan rumah tangga.


Memang dalam masa setahun saya plan semula hidup saya sebab nak capai BIG WHY tu. Paksa diri buat semuanya sebab saya yakin saya mampu buat dengan izin Allah.


Masa belum boleh memandu keta, setiap kali nak cod, kena tadah telinga husband bebel bebel penat. Kadang dari opis, amek anak kat ampang terus ke kajang hantar barang malam malam. Alhamdulillah dengan kesabaran yang Allah kasik dan rezeki yang diberi, memang saya sentiasa letakkan target untuk 4 angka setiap bulan.


Ini bulan ke 4 saya jadi WAHM dan memang sangat sangat bersemangat untuk pecut lagi laju. Mohon Allah permudahkan semuanya untuk saya naik coordi june 2018.


Tetapkan BIG WHY korang apa. Ianya adalah pandu arah tujuan hidup. Yakinlah akan potensi diri sendiri. Tiada siapa yang akan bantu kita nak berjaya selain dari diri sendiri dan Allah.


Elakkan negative vibes yang datang bertalu talu. Jangan hirau akan langau yang sentiasa menghurung taik. Srbab kita tau kita adalah sewangi wangi bunga. Ingat BIG WHY.

No comments:

Post a Comment