Thursday, 6 April 2017

Bagaimana Saya Merawat Anak Kena Chicken Pox

Anak saya mula demam minggu lepas. Demam tak berapa kuat tapi sebagai ibu, bila badan anak panas dari biasa, memang kita boleh rasa.

Sabtu lepas 1 April 2017, masih dalam keadaan demam, nampak ada bintik merah pada badan. Diikuti juga dengan gelembung air.

Bila dah nampak tanda chicken pox, walau ini kali pertama saya sebagai ibu mengalami pengalaman ni, saya terus start dengan set chicken pox shaklee. Klinik yang biasa kami pergi tutup pada sabtu petang dan ahad.

Tak boleh jadi ni. Nasib baik semua set ni ada dalam simpanan saya. Nutriferon, vitamin c, garlic, herbal blend dan basic h. Ini semua adalah set anti virus.

Isnin 3 april 2017, kami ke klinik dan doktor sahkan anak kena chicken pox. Dapat ubat anti virus, calamine lotion, ubat tahan gatal dan ubat demam.

Balik terus bagi makan ubat. Sblm tu anak makan dulu fish and chip, tak banyak beberapa suap je.

Sejam selepas makan ubat, anak mula meraung dan perut memulas. Ingatkan nak membuang. Rupanya bila call doktor, ubat tu boleh mencetus sakit gastrik. Satu hal pulak suami pegi klinik amik ubat gastrik.

Malam kami ke klinik lagi sebab doktor nak bagi penjelasan pasal ubat tersebut. Makan ubat anti virus dan terus bagi ubat gastrik.

Balik rumah, malamnya terus bagi makan ubat. Sejam selepas tu sakitnya lagi teruk dari petang tadi. Hampir 2 jam saya menggosok perut anak sambil anak menangis sakit sampai tertidur. Kesian anak.

Selasa 4 april 2017, saya bagi full set anti virus shaklee. Ubat klinik tolak ketepi kecuali ubat gatal. Nampak perkembangan memberangsangkan. Bijik air tak naik banyak. Anak mula risau bahagian muka agak banyak. Takpe nanti kita makan vitamin e shaklee untuk hilangkan parut sayang.

Rabu 5 april 2017, bijik air mula mengering. Yang bintik bintik merah makin pudar. Tapi yang gelembung air ada dah jadi nanah.

Saya perlu berfikiran positif.

Office call suruh masuk keja. Dengan anak yang setiap pagi saya basuhkan muka dan badan dia, adakah boleh saya tinggalkan anak semata mata untuk selesaikan masalah kerja? Mana pergi hati perut dan perikemanusiaan seorang bos kepada anak buah?

Selepas berbincang dengan suami yang juga baru lepas baik demam, takpe saya terus jaga anak kat rumah. Rezeki Allah yang tentukan.

Khamis 6 april 2017, perkembangan anak nampak positif. Masih continue dengan set Chicken pox shaklee. Banyak yang dah kecut sekecut perut ibunya yang boleh nampak bahang kemarahan bos kat opis.

Hanya pada Allah saya berserah. Saya memang ada plan besar tahun ni. Tunggu masa yang sesuai. Mental sudah bersedia. Saat dan ketika akan datang juga.

Doakan saya.