Thursday 11 October 2018

Cara Kawal Gula Dalam Darah Untuk GDM

Hari ni nak kongsi macam mana saya kontrol gula dalam darah saya masa mengandung ni. Ni untuk omak omak yang mengandung dan jugak yang tak mengandung pun boleh ikut. Panjang sikit ye.

Saya disahkan ada GDM (Gestational Diabetes Mellitus) pada  16 Ogos 2018, masa tu kandungan dalam 6 bulan.

Masa minum air gula tu, bacaan dalam 9.8. Tinggi sungguh. Terkejut pun ada sebab saya bukan penggemar makanan dan minuman manis. Untuk orang mengandung, bacaan tak boleh lebih dari 6.5.

Salah satu sebab ialah faktor umur dan juga berat badan sekarang.

Bila jumpa Dr Sakinah (APSH), apa lagi memang kena sound direct la. Apa kesan kesan pada baby, apa kesan pada saya selepas bersalin jika paras gula masih belum dapat dikawal.

Maka bermulalah rutin check gula sendiri setiap hari sebanyak 3 kali. Ikutkan jari ni, memang sedihla. Lepas tengok jari telunjuk kanan dah takde ruang nak cucuk, pindah ke jari kiri pulak😭😭.

Tapi yang paling terkesan bila Dr Sakinah bagitau risiko yang paling tinggi ialah stillbirth iaitu anak meninggal dalam perut pada akhir kehamilan. Memang sangat risau. Pulak tu takut nak cucuk insulin pun ye jugak.

Bila dah start kena diet ni, saya banyak try and error. Nasik hanya makan suku, protein suku, sayur separuh pinggan.

Elakkan ambil kentang, roti putih, carrot, air bergula, kuih muih yang manis. Roti canai dan roti telur memang saya haramkan terus buat masa ni.

Setiap pagi saya akan makan nasik sebab pernah saya makan roti whole meal 2-3 keping dengan tuna, tapi gula naik lebih dari 7 dan perut tak tahan lapar. Jadi saya akan makan nasik juga pada waktu pagi.

Tengahari pun sama masih lagi suku suku separuh. Petang bila lapar, saya akan makan apple sebijik. Alhamdulillah boleh alas perut dan tahan hingga tunggu untuk dinner. Saya pernah cuba makan buah prune dan anggur, gula naik mencanak. Jadi tak sesuai untuk saya. Kuih muih pun saya elak terus.

Dinner pun nasik jugak tapi masih suku suku separuh.

Saya masih lagi minum air teh tapi tanpa gula. Dan setiap masa akan minum air masak.

Sayur biasanya saya akan buat sup sayur bayam atau sawi. Kalau nak sedap, saya lebihkan cili api dan juga lada hitam. Memang kenyang sebenarnya bila makan sayur lebih ni.

Bila dah sebulan lebih saya kawal cara makan, berat masa mengandung turun sikit dan badan tak lesu. Tekanan darah pun dah cantik.  Bacaan gula saya pun jarang jarang melepasi bacaan 6.

Saya jugak amalkan makan supplemen semasa mengandung ni. Vitamin C, B Complex, Omega, Kalsium (ostematrix untuk elakkan kejang). Dan doktor juga bekalkan Obimin.

Selasa lepas 9 Oktober 2018, ada saya appointment dengan Dr Sakinah untuk consult pasal kes GDM saya ni. Hasilnya saya dah tak perlu jumpa beliau dalam masa terdekat. Tarikh yang diberikan untuk jumpa semula ialah tahun depan. TAHUN DEPAN ye. Bulan 9, 2019.

Kenapa? Sebab beliau puas hati dengan cara saya kawal paras gula dalam darah. Caranya seperti yang saya bagitau kat atas.

Memang nampak seksa sikit. Banyak benda tak boleh makan. Tapi bila pikir kesan pada baby dan kesan pada diri sendiri pada masa akan datang, itu yang lebih utama dari nak memuaskan nafsu perut.

Moga korang pun boleh jugak buat macam saya ye. Insya Allah dipermudahkan.


No comments:

Post a Comment